Silent Readers

Saturday, 18 April 2015

Birthday ke 20 Tahun.

 Wiwit,

Assalamualaikum.

Tahun lepas adalah tahun yang paling istimewa aku sambut birthday aku! Genapnya 20tahun yang penuh sejarah. Alkisah, seminggu sebelum 29Disember2014, aku balik ke rumah sempena cuti krismas+mid sem break. Yang sedihnya, 28Disember2014 tu aku da kena gerak balik Poli. Tak sempatla nak celebrate dekat rumah. Tapi aku simpan semue tu dalam hati jela.

Tetiba, malam 21Disember2014, Mama ketuk pintu bilik aku. Time tu dekat rumah ade Mama, Abah dan aku jer. Mama suruh siap-siap nak keluar. Aku pulak time tu punyela malas. Kenape ni tetiba jeee. Biase Mama tak pakse keluar pon. die just tolong belikan makanan or masak dekat rumah je. Aku dengan malas sekali, siap-siap. Anak dengar perintahla katekan (sangatt!!) hahaha.

Sampai di restoran fevret aku (Mama dan Abah tahu sangat aku suka restoran tu sebab chicken chop dekat situ superb!!! best giloss), Mama pon cakap, malam ni nak celebrate birthday aku since 29Disember2014 kan aku tade dekat rumah. sedihnyaaaaaaaaa :'(


Thanks Mama dan Abah! Aku tak pernah mintak pon semua ni. :(

Balik poli, dalam bulan 1, roommates aku pulak surprise birthday party untuk aku dan Tiqah. Tiqah birthday dia 21Dis14. Patutlah malam tu beria Zatiey ajak tengok movie. Paksa pulak tengok movie mengadap tingkap dan membelakangi pintu. dia pulak pi berak lama giler. hahaha. Thanks so much, Cik, Zatiey and Ima. :)



C stand for Cik. I izzati. T Tiqah. A Alaa. :)


dannnnnnnnnn birthday kali ni dapat bearrrr dari Jujai :)


,

Ohya. dan paling bermakna dalam hidup aku, dihari lahirku, banjir dirumah surut. Alhamdulillah. :)


Double meaningful, suddenly, aku tak jadi balik poli dihari jadiku sebab rumah banjir teruk dan jalan menghubungkan ke poli ditutup. Walaupun aku terpaksa hadapi liku-liku kecemasan, tapi aku bersyukur sangat atleast aku dapat hadapi semua tu dengan Mama, Abah, Atok dan Alang. Andai kata waktu tu Aku dan Alang tade. :(



Lepas tengok banjir surut di rumah, Alang bawak aku dan Mama ke KFC atas permintaan aku. Bestnye kali ni, aku belanja sempena birthday aku sendiri sebab tak terucap dengan kata-kata betapa indahnya dapat celebrate di sisi famili dan betapa indahnya banjir da surut. Walaupun KFC mengalami kekurangan bekalan stok makanan sebab jalan terputus hubungan, tapi dapat jugak la merasa ayam banjir. hehe. Abah dan Atok waktu ni busy selesaikan masalah kereta dan rumah. tak dapatla join makan.

Paling best, lagi sekali Abah ajak kitorang makan malam di restoran sempena birthday aku walaupun waktu tu da 31Disember14. Sweet memory ever :)





Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang telah Engkau turunkan kepadaku. Alhamdulillah.

Jogathon & Penutup SUKMAS

 Wiwit,

Assalamualaikum..... Still sukan. Gambar pulak selfie je memanjang.. 






Penutup SUKMAS yang takkan aku lupakan. Pagi tu PA aku whatsapp kitorang cakap semua wajib pakai baju polibriged. Dengan lurus bendulnya, aku dan Cik pakai. Zatiey tak pakai la since die tak bawak baju tu. Sampai je dekat padang, lecturer dari jabatan aku panggil sape yang pakai baju polibriged, sile ke hadapan. Tak ke ternganga aku dibuatnya! Pasai paaa??

Rupa-rupanye, yang pakai baju polibriged wajib masuk acaran perbarisan! HAHAHA. What sooo funny! Jabatan lain da sebulan berlatih buat perbarisan, jabatan aku haritu majlis, haritu jugak pilih peserta. Fefaham jelaaa, aku mane pandai kawad. Orang kaki kiri, aku kaki kanan. Lantak jela labu. hahaa.







SUKMAS Poli.

 Wiwit,

Assalamualaikum you alls. Sem 5 kali ni banyak aktiviti atas padang. Have fun at all walaupun aku tak masuk acara. Haha. Suka tengok persaingan sihat antara jabatan. Kalau bab bersorak, aku lah nombor 1. Walaupun tak daftar as a cheerleader, tapi aku lebih selesa unofficially pesorak dari belakang. hahaha.

Tak silap aku SUKMAS berlangsung 2bulan or lebih. Dalam mase 2bulan tu banyak kali jugakla kene turun padang. Wajib! 




Yang specialnya kelas aku, as kehadiran, kitorang wajib selfie dan hantar gambar dekat whatsapp group. PA also known as guru kelas aku akan tengok kehadiran based on selfie yang dihantar. Background wajiblah padang. Kalau bab selfie, memang sukalahhh aku..haha




















Desktop Publishing's Class

 Wiwit,

Assalamualaikum. Sem 5 kali ni aku ade subjek Desktop Publishing. Kelas ni more kepade kreativiti guna Adobe Illustrator. Walaupun subjek ni tak masuk final, tapi agak susah since aku ni bukan manusia jenis kreatif! Haha.

First class, Madam Mia suruh create poskad. Suka hati tema ape asalkan poskad. Aku pilih Birthday Wishes for someone.


Macam budak-budak pon ade jugakk.. Tak yah nak gelak sangat. Faham sendirila tahap kreativiti aku tu camne. ahhahaa



Happy New Year tu Zaiey punye while Gong Xi Fa Chaii tuu Cikk punye. 

Kelas seterusnya Madam Mia suruh kitorang buat doodle. Still bebas temanya. Suka aku dengan Madam Mia. Tak letak sesuatu tema secara terperinci. Dia kasi kebebasan untuk kitorang fikir sendiri. Asalkan tak lari scope doodle. Kali ni, aku pilih tuk buat name Mama since mase tu aku rindu Mama separuh mati. :(


Gambar terbalik sebab malas nak rotate. hahaha. Ini lah hasilnyaaa. Disebalik nama Mama tu tersimpan 1001 rahsia. Setiap lukisan tu ade maksudnya tersendiri.



Yang kaler koko tu Zatiey pun tokk. sebelah tu Cikk pun tokkk...

Next class pulak kene buat typography. Ini aku suka. Entahla. Bagi aku dalam banyak-banyak, aku lebih suka typography sebab senang!




Itu je la antara hasil kerja yang aku simpan. Yang lain tak sempat since banyak bende nak kene setel sampai lupa ambik gambar. Last my word, aku enjoy kelas Desktop Publishing ni. Mengajar aku banyak kesabaran nak setelkan kerja kreativiti ni. Hopefully, Madam Mia dapat kasi markah yang cantikk..hihii..