Silent Readers

Tuesday, 3 November 2015

Trip to Bandung PART 1

Wiwit,

Assalamualaikum.. 30 Julai 2015 - 02 Ogos 2015 yang lepas, aku dan famili melancong ke Bandung! Kali pertama aku jejak kaki ke bumi Indonesia. 4 hari 3 malam di sana masih tak cukup sebab banyak lagi tempat yang belum kami terokai. Ecehh, macam nak terokai dalam hutan gittew.. Terokai gudang2 ade la. ihihii..




Famili aku seramai 14 orang pergi ke Bandung. Sampai di Bandara Husein Sastranegara Airport sekitar jam 4PM++. Sepatutnya sampai awal tapi flight delay so that tourist guide yang handle kitorang terpaksa skip beberapa destinasi yang patut diorang bawak. Setibanya kami di sana, kami disambut dengan terhormat oleh 2 orang tourist guide. Baru kenal diorang, aku da boleh rasa rakyat di sana sangat peramah. layanan diorang sangat2 puas hati. 

Ariandri Boutiqe Guesthouse adalah tempat kitorang menginap sepanjang berada di Bandung. Tempat tu selesa dan penyambut tetamu pon sangat ramah. Tetiba fall in love with Indonesian. hehee. 

Malam 30 Julai 2015 tu kitorang makan di Restoran Payung. Makanan dekat sana ya amppuunn enak sekali gitteww.. Tapi perjalanan dari tempat penginapan ke sana agak jauh dan menakutkan...sebab jalan yang curam dan berbukit.. Bukit pulak kemain macam turun gelongsor waterpark. hihihi.. Perumahan di sana pun agak padat sebab katanya abang tourist guide, Rezal, penduduk di Bandung adalah kedua teramai selepas Jakarta. Lepas makan, kitorang balik semula di Guesthouse.

31Julai2015 bersamaan dengan hari Jumaat, kitorang ke Kawah Putih, Ciwidey Jawa Barat.

 **kenderaan yang kitorang naiki sepanjang berada di sana**

Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2jam++.. Nasib baik Guesthouse ade menyediakan sarapan pagi. Kalau tak, jenuh nak mencari kedai makan dulu. Sebelum naik ke Kawah Putih, kitorang berehat sebentar di kawasan ladang strawberry. Dekat sana, berhenti je kereta, terus ramai penjual strawberry&&blueberry serbu kereta kitorang..


Mulanya, kitorang tak layan pon diorang ni.. Tapi lepas kira balik bahagi tolak campur tukar duit diorang ke duit Malaysia, harga strawberry&&blueberry tu cume RM3. Laaaaaaaaaaa.. terus banyak kitorang borong. hahahaa.. Ohya, nak tukarkan duit indon ke RM, buang dulu 3 angka di belakang, pastu bahagi dengan 3.. tak faham ?? okay macam ni contoh :

barang yang kita nak beli tu 300,000 rupiah, buang 3 angka dekat belakang, so that, jadi 300.. 300 tu pulak bahagi 3.. jadi RM100..


Di sana, kitorang dihidangkan fresh juice strawberry. Lepas minum dan menikmati buah yang sangat segar, yang lelaki semua solat Jumaat.. Yang perempuan tunggu turn nak solat jamak. yang berbezanya surau di Malaysia dengan Indonesia, di Indon, lelaki dan perempuan bercampur tempat solat. it's mean, tade sekatan langsir atau ape2 untuk membezakan tempat solat lelaki dengan perempuan. tempat ambik wudhuk pon share. tak tahu la terkebetulan aku jumpa macam tu. tapi almost semua tempat macam tu.

 **daisy my fav ever flower**

Selesai menunaikan kewajipan, kitorang meneruskan perjalanan ke Kawah Putih. Perjalanan lebih kurang 30minit.



Kawasan di sina sangat sejuk.. kalau yang jenis tak tahan sejuk tu, digalakkan bawak la sweater okay. Aku ni lain la. sebab terlebih excited, sejuk pon tak ape. tshirt kemain nipis jer tapi tak terasa ketar pon. hahaa..









Sebelum turun ke kawah putih, kitorang dibekalkan mask sebab bahaya hidu sulphur. tapi bile bergambar, kitorang bukak jugak mask.. hahaha.. 

Rezal bagitahu, tempat ni penah dilakonkan dalam citer My Heart lakonan Acha Septriasa dan Irwan Shah. Kononnya berada di luar negara padahal di Bandung je. hehee..

Aku pulak berkali2 cakap dekat kakak aku "macam dduk negara luarlaaaaa" dengan perasaan teruja. maksud aku negara luar tu negara barat, Abah pulak cakap "kite skrg mmg dkt negara luar" hahahaa.. betul jugak tu..



Rasanya 2 jam jugak kitorang di sana. Lepas tu baru terasa lapar. Nahhh sekarang Rezal bawak kitorang rasain Nasi Liwat.. Apeeeeeeeeeeee??? hahahaaa... Tergelak besar lepas dengar nama makanan tu.. addooii..




Habis makan, kitorang langsung ke gudang kain pasang. seriously rambang mataaaaaaaaaaa.. berbekalkan duit abah bagi, maka banyakla duit aku habis bab beli kain pasang.. sama naik dengan Mama.. yang lelaki kemain bosan menunggu.. yang perempuan pulak tak pernah cukup masa kalau shopping..


Pengalaman di Bandung sangat best.. terasa nak pergi lagiii. Honeymoon maybe..ehhhhh..hihihihiii.. Lain kali aku update lagi PART seterusnya aku ke Bandung. Assalamualaikum

The End of SEM 6 !

 Wiwit,

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim.... Terase janggal nak start membebel dalam blog yang berkurun lamanya tak menyinggah! Datang pon sebab ade someone complaint yang aku da lame tak update blog aku ni. hahaha. Sape die tu? Makan cili, terasa pedasnya okay. :P

Alhamdulillah, pejam celik aku da habis sem akhir di Politeknik Muadzam Shah! InsyaAllah kalau takde yang menyangkut. Harap Network Security and Network Design lulus dengan jayanya... Bagi aku, Sem 6 lah yang paling mencabar!!! Kerja banyak.. Setiap subjek ade mini projek. Tak termasuk final year project(FYP) lagi. Haaiihh. Ikutkan nak menjerit satu poli tapi bila fikir balik, senior sebelum ni boleh habiskan, takkan Alaaniah tak boleh.. berhuhuhu je laa...

Paling mencabar bagi aku FYP la ape lagi. Aku, Cik dan Zatiey pade awalnya meneruskan jadikan Ubuntu as a server dan Windows as a clients. Pade awalnye, Madam Nik (kitorang punye supervisor) cadangkan clients ade various types of operating system but then bile fikirkan balik, Ubuntu pun kemain susah nak set up, apetah lagi nak teruskan OS lain.

Malang sekali, sem kali ni tetibe bilik bacaan or as known as bilik server di setiap kamsis buat hal. Line PMS Local limited. Susahla nak install Ubuntu dekat virtual box. haaiihh.. Nak pakai mobile data, alamatnye berhuhuhu laaa.. Tetibe satu hari tu, kamsis blok 1 dapat line. Kemain la install Ubuntu and others that related with it dekat laptop aku. Malang lagi sekali, laptop aku tetiba buat hal!! Windows Update la ape la. Last sekali pakai laptop Cik. Okay then, semua almost done but then................... Bila nak tunjuk dekat Madam Nik pada hari penialaian supervisor, file sharing kitorang buat hal !! Ubuntu macam susah nak bekerjasama dengan kitorang since internet connection dekat bilik perbincangan slow sebab time tu hujan. nasib mak nakkk. adooii..

Madam Nik pon suruh kitorang datang bilik perbincangan bile ade waktu terluang (office hours) untuk install dari A sampai Z. Buat punye buat, still tak menjadi.. aku da start buntu. Ohhh Ubuntu... Tetibe ade sorang kawan aku budak DIP, die baru sem 4 tapi lepasan sijil dekat kolej mane lupa, die memang terror la bab database dengan file sharing ni. die cakap better gune xampp, pastu buat backup la gune localhost dengan web hosting. Mane lah tau time final present depan panel, internet buat hal, boleh back up dengan localhost. tapi sebolehnye kene online la. itu kitorang punye objektif.

Aku bagitau Madam nak tukar dari Ubuntu ke Xampp. Madam cakap boleh. Nasib baik...

kami di bilik perbincangan.

So boleh dikatakan almost everyday muka kitorang je masuk pejabat sebab nak guna bilik perbincangan. sampaikan lecturer cakap "awak lagi!" "tiga orang ni je selalu" "takde orang lain ke" hahahahaa.. terpulanglaa asal projek kitorang siap. diorang pon cakap sambil gelak.. hehehe..

dipendekkan cerita yang dah pun panjang lebar, alhamdulillah CIA Cloudize(File Sharing) lulus at the first presentation lagi. terime kasih kepada yang sudi membantu menambahkan idea. :)

Sem 6 ni aku ade 5 subjek. Android App Development, Cyberpreneurship, Network Security, Network Design dan Network Project. Network Security dan Network Design jer msuk final. Jer?? amboooii macam sonang jooo.. 

21/10/15 exam Network Security dan 27/10/15 exam Network Design. HarapHARAPharap sangat lulus. aku nak Sem 6 adalah sem akhir aku di sana. aku taknak kecewakan Mama dan Abah.

Android App Development walaupun tak masuk final, tapi agak mencabar since banyak guna coding. tapi disebabkan Miss Rafizah yang ajar, segalanya berjalan dengan lancar. Miss sangat kelakar dan aku suka cara dia ajar. sem ni first time aku dapat belajar dengan dia. sebelum ni dengar orang lain cakap dia garang, sampaikan first class dengan dia, ketar jugak lutut aku but then, bila da nak habis kelas, aku tertanya2 mana tang garangnya?? Dia garang bila pelajar buat salah. itu je. dengan aku takdenye die nak marah sebab aku baik. ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..hahahahahahaa... byeee..

Subjek Cyberpreneurship pon best!!! ajar aku berdepan dengan customers. mula2 Madam Mazniha suruh jual online. geng aku pilih jual make up. kemain Zatiey pon turun Kelantan sebab nak beli make up dan alhamdulillah perniagaan kitorang memberangsangkan..huhu.. Open Day JTMK pon best sebab tak sampai pukul 5petang, da habis Thai Shake kitorang jual. Sangat laku. Mulanye kitorang tak berani nak jual sebab dekat sana takde lagi air tu. yang femes hanye dekat Thailand dan Kelantan. Tapi tak disangkakan, dapat sambutan yang hangat. Lecturer pon ramai beli. Walaupun ade sesetangah yang complaint air kitorang tu tawar, kurang gula. hehe. Maaf la, kitorang amalkan prinsip, kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. hihihi

Last but not least, walaupun stress++penat++tension sem akhir ni, tapi ade jugak yang manisnya. Tak tidur 3,4 hari tu perkara biasa. berkumpul bilik kawan aku ramai2 nak siapkan kerja.. Akan aku ingat kenangan manis semua tu. terima kasihhhhh kepada semua lecturer yang ajar aku dari Sem 1 sampai Sem 6 dan untuk lecturer yang tak dapat aku merasai ajaran diorang pon aku nak ucapkan terima kasih jugak sebab walaupun diorang tak pernah ajar aku, diorang tetap lecturer aku... ape yang aku merepek ni..hihihi..

Aku sayang Politeknik Muadzam Shah... Akan aku simpan semua memori sepanjang aku menimba ilmu disana, disudut hati yang paliiiiiiiiiiing dalam... Aku akan rindu setiap sudut tempat yang ada di sana... Aku akan rindu saat naik bas shuttle untuk ke bandar... **lap air mata**