Silent Readers

Tuesday, 8 December 2015

Kursus CCNA.

 Wiwit,

Assalamualaikum. Hari Ahad bersamaan dengan 22November2015, lepas say goodbye dekat kawan2 yang tak join kursus CCNA ni, aku dan Zatiey mula melangkah ke cafe untuk breakfast. Seriously terasa krikk krikk sebab biasanya makan 9 orang. haritu kitorang berdua je. Kitorang makan dekat meja yang sama masa diorang ada waktu kursus Android. Lepas sarapan, kitorang menuju ke UIDM untuk kelas Softskills. Dayang tak join pagi tu sebab kaki terseliuh. Citer pasal Softskills terpaksa aku citer last nanti sebab gambar banyak ade dekat bawah... hehehe..



Kursus CCNA terbahagi kepada 2 kelas. Nasib baik kali ini Mr Balan bagi kebenaran ikut suka hati nak masuk kelas mana and of cos pengalaman belajar dengan Mr Balan menyebabkan aku, Zatiey dan Dayang prefered pilih Mr Balan sebab walaupun orang nampak dia tegas ++ garang tapi sebenarnya best belajar dengan dia. Garang dia tak menakutkan tapi tersemat di hati untuk lebih fokus time dia mengajar. Tapi tak bermakna trainer kelas sebelah tak best. Dua-dua ada kelebihan dan teknik mengajar tersendiri.

Kitorang masih kekal di lab E13 dan duduk tempat sama cuma bezanya Cik takder dekat sebelah. Cik dah balik... Dayang duduk depan sebab nak lebih fokus katanya. Lagipun CCNA ni more kepada networking dan Dayang pulak programming. itu yang kena fokus lebih..




Mr Balan cakap, kelas CCNA tak sama dengan Android haritu. Kali ni dia nak lebih tegas. Must be punctual. 9AM dah kena ada dalam kelas. Takmau macam kelas Android haritu. Dan terlebih punctual-nya kitorang, pukul 07:35AM da sampai depan office JTMK. Sarapan kali ni dalam office. Lebih sistematik dan tak payah jejauh pi cafe. Disebabkan office, tak bukak lagi, kitorang pi main arnab dan aku takut dengan arnab!! gggrrr.. Walaupun berbulu macam kucing, tapi seriously takut!!

Kitorang jugak terpaksa berpindah ke kamsis Nurani 2. Kalau kursus Android haritu di Bestari 2. Dan kali ni bukan sebilik 2 orang tapi dorm 8 orang. Aku, Zatiey, Dayang dan dua orang lagi budak PSP. 3 katil lagi kosong. Pada aku, lebih best dorm lagi sebab tilam baru dan masih berbalut plastik. Luas dan selesa.

 **Dari kiri : Zatiey, aku dan Dayang

Walaupun belajar di poli yang sama, dekat sini aku dan Zatiey baru start rapat dengan Dayang. Dekat PMS senyum-senyum jer sebab berlainan aliran. Mula-mula tu macam awkward jugak sebab nampak Dayang macam stylo dan nak ke dia kawan dengan kitorang..

Sekali bila da kenal...... Ade penyakit mental jugak budak ni sama macam kitorang. Mandi sesama. siap karaoke lagi dalam tandas nak release tension. Sambung-sambung lirik lagu..hahahaha.. Seriously, Dayang pon tak caya kitorang perangai macam ni... Kononnya luaran nampak baik, ayu giteewww... tapi dalam dorm..  Babaaaiii... hahahaa..






Kalau Android, belajar coding. CCNA pulak belajar command. Nak kena pick up lebih sikit sebab da banyak lupa time belajar dulu. DULU? Macam bertahun tinggalkan pelajaran.hahahaaha..


 Boleh dikatakan tiap-tiap hari 3 orang ni orang pertama yang sampai. Rasa da lewat kitorang kunci jam tapi tetap orang pertama.. hahaha..

 **Nimalan dan aku

Tempat duduk Cik dulu diambil oleh Nimalan. Sebelum tu ade Khairil duduk situ pastu tukar tempat.. Best kawan dengan Nimalan. Sangat kelakar dan selalu buat aku tergelak. Dia jugak tak kedekut ajar bahasa Tamil. Banyak jugak aku sempat belajar bila Mr Balan kasi rest 10minit..hahahaa.. Nimalan asal Politeknik Balik Pulau.

Bila join kursus CCNA ni buat aku makin ramai kenalan. Yang da kenal time kursus Android dan ade yang baru datang kursus CCNA.. Banyak loghat aku belajar especially loghat Penang. Diorang bukan panggil aku Alaa tapi Aloo. hahahaahaha.. Serious kelakar setiap kali diorang panggil..



Dari depan : Aku, Zatiey, Tira dan Ieda. Diorang la roommates kitorang. Mula-mula kenal kemain krik krik bilik tu. terpandang mata, senyum... Tapi bila da 2,3 hari kenal, riuh jugak bilik tu.. Makan sesama.. Share story.. bessstttt...


Dari depan : Aku, Dayang, Zatiey, Ida dan Leya. Ida dan Leya tu jiran sebelah bilik dan ade sorang lagi jiran name Raveena tapi time bergmbar ni dia busy. Diorang pun friendly. Kadang-kadang masuk bilik kitorang then makan ramai-rmai.. Pergi pasar malam sesama.. Tengah hujan pulak tu. Nasib baik Tira orang dekat je and andddd bawak kereta kancil. Dia tolong punggah 2 trip time hujan haritu.. thanksss sayangg..

4 hari belajar, hari Sabtu dan Ahad penentu samada kitorang dapat sijil je tak dengan menduduki online exam. Alhamdulillah ramai yang lulus...

Sedih pulak nak tinggalkan PSP sebab da makin suka suasana sana... Tak puas lagi kenal dengan kawan kawan baru..









Tapi, sapa la kita nak pause-kan masa, masa tak pernah tunggu kita tapi kita kejar masa... Selamat tinggal kawan-kawan. Harap korang semua berjaya okay. Ade jodoh, kita semua pasti akan jumpa balik sebab bumi ni bulat. Malaysia ni kecik jer. :)

-----------------------------

Citer Softskills. [GILAP ATTITUDE]

Mula-mula masuk kelas, tetiba nervous sebab trainer lelaki 2 orang. Bila semua masuk kelas, kitorang dibahagikan kumpulan. Maka terpisahla aku dengan Zatiey. Kelas Softskills patut ada 56 orang tpi 20++ je yang dapat hadir. Yang lain ada excuses masing-masing.

Sebelum dibahagikan kumpulan, kitorang dapat kertas sorang satu, masing-masing kena tulis nama, karakter haiwan yang kitorang suka dan karakter haiwan yang taksuka...

 Aku tulis, karakter kucing yakni comel, manja manakala yang tak suka ofcoz la lipas sebab kaki berbulu, hodoh dan terbang...

Rupanya ada benda tersirat disebalik game ni... Lepas siap tulis, kertas tu akan diberi kepada orang lain. Pertama sekali Zahir dari Poli Ungku Omar kena berdiri dan sebut apa yang ada dalam kertas yang dia dapat. Sekali nama aku. Aku pon kena berdiri. Zahir kena baca "Alaa seorang yang comel dan manja. Alaa jugak seorang yang kaki berbulu, hodah dan suka terbang" hahahaahahahahahahahaa.... Okaaaayyyyyyyy.... begitula seterusnya sampai habis.




Banyak kata-kata semangat yang Dato' Mukriz bagi.. dan aku suka cara dia ajar. First impression bila nampak dia, kemain takut jugak aku dibuatnya. sekali bila da kenal, sampai kering air mata aku sebab banyak sangat gelak.. ahahhaahaa..



Kelas Softskills kali ini sampai malam okay. 9AM till 10PM. hhhaahaaa.. Mula-mula dengar macam nak pengsan tapi bila banyak aktiviti, seriously, macam kejap je masa berlalu. Tak terasa lama pon belajar! 

Petang tu kitorang ada aktiviti dekat luar kelas. Malangnya aku dan Zatiey baru je basuh seluar. Nak pulak pagi tu hujan lebat jadi seluar di ampaian makin teruk basah. Nasib baik Dato' Mukriz izinkan kitorang pakai kain tapi kemain perli memanjang..hahahahahaa...

Dia siap cakap lagi... Ade orang masalah ini, masalah itu.. ade orang masalah seluar basah.. hahaahahahaha.. 2 hari kelas softskills, 2 hari la topik seluar basah tak habis-habis.. 


Sebelum start aktiviti, kitorang diberi penerangan oleh trainer kedua iaitu Malik a.k.a Black. Dia seorang artis baru dalam tanah air ni. 


Cara main.

Kitorang kena pastikan tali yang dipegang tak kendur. Kalau kendur, bila Black bilang sampai 3 dan masih tak tegang, kitorang kena start balik dari tempat yang mula-mula kitorang start.

Kitorang jugak jangan sesekali tersentuh baldi dengan objek lain seperti tiang, pokok, bunga dll bila mulakan perjalanan. Black pulak sengaja kasi laluan yang sempit.







Nak dijadikan cerita, Dato' Mukriz sengaja cakap "Ya Allah, mintak-mintak la hujan" lepas dia aamiin je, terus hujan turun... Ya Allah... mudahnya termakbul doa dia.. basah kuyup la kitorang.. Lebat pulak tu.. Kalau camtu, aku pakai je seluar basah tu && takde la kena perli je 2 hari tu..hahaha..





Walaupun nampak mainan ni enjoy je, tapi disebalik itu, mesej yang trainers cuba sampaikan adalah TEAMWORK! LEADERSHIP! kalau takde kerjasama, macam mana nak sampai ke destinasi dannn kalau takde ketua, macam mana nak teruskan mainan tu..

Hari kedua, macam biasa, aktiviti yang menarik... Tapi yang tak boleh dilupakan, sebelum lunch, kitorang WAJIB send gambar selfie dekat group whatsApp yang Dato' Mukriz create. DAAANNN selfie tu WAJIB duck face! Kalau tak, tak boleh keluar dari kelas..hahahaha..


Dengan keterpaksaan.. hahahaa

Dan macam-macam lagi la aktiviti...










Malam akhir sangat best sebab kitorang diberi pilihan duduk dengan seseorang yang boleh dipercayai dan kita rasa selesa... pastu citer masalah kita.. luahkan ape yang selama ni kita pendam... aku pilih Zatiey sebab da lame kitorang kawan.. so sedikit sebanyak dia da tahu latar belakang aku.. dia pon selesa dengan aku...

sampai menangis teresak-esak kitorang dibuatnya... sedihh.. sangat sedih..

Kitorang jugak diberi peluang face-to-face dengan orang lain then orang tu akan nasihat dekat kita... aku terkena dengan budak-budak lelaki.. mula-mula nak tergelak je bila masing-masing bagi nasihat. sekali bila aku terkena dengan seorang lelaki ni, seriously, dia pandai bagi nasihat dan buat aku menangis! dah takde istilah malu.. dahla baru kenal.. dengan spontan aku nangis jee depan dia.. dia pulak makin rancak bagi nasihat sampai aku suruh stop..






Terima kasih trainers sebab banyak bagi ilmu yang bermanfaat....