Silent Readers

Wednesday, 20 July 2016

Terlajak Excited !

 **Gambar tade kene mengena dengan Entri

[21/7/2016|khamis|2:40pm|rumahkelantan]

Wiwit.

Assalamualaikum. Huuu. Excitednya walaupun followers takat tu jer, tapi yang bace blog bosan aku makin meningkat! Heee. Tak kira la yang skodeng ka, silent reader ka. :)

Wpun kehidupan aku tak seindah yang lain tapi bagi aku seorang yang pendiam ni, aku lebih suka luahkan semuanya (tak semua la. Bahaya) dalam blog busuk ni. Rmai yang kenal aku, mesti tanya "ade blog x?" "Mesti ade blog kan?" Sebab biasenye seorang yg pendiam lebih suka penulisan berbanding percakapan. 

Aku diam bagi org yang tak rapat. Kalau da rapat, harap tadah baldi la dengo aku bersajak. Ehehe.

Ape pun, thanks sebab sudi jengah blog ni. Hope enjoy. Ahaha. Perasan lebih si Alaaniah ni. Niat nak skodeng? Just keep reading carefully. Takut terlepas topik hangat. Winkk. Bye. Much love.



Sunday, 17 July 2016

Rindu Ai Chang !

[18/07/2016|Isnin|2:25am|rumah]

Wiwit,

Assalamualaikum. Tengah duk godek-godek hardisk, terjumpa gambar-gambar Ai Chang!! Mommy rinduuuuuu.. :( 

Aku bela Ai Chang dari aku Sem 3. Means that waktu tu awal tahun 2014. Dari dia anak dara lagi. ahahaha.






**2014

Ai Chang dalam bahasa Thai bermaksud Belang. Dia tersangatlahhhhh manja. Ngada-ngada. Aku & Zatiey (ex-rumet) sama-sama bela dia. Setiap minggu aku tukang beli sardin. Zatiey tukang beli friskies. Ai Chang setia je tunggu kitorang balik kelas. 

Akhir Sem 3, aku sampai nangis takmo berpisah dengan Ai Chang sebab Sem 4 kitorang praktikal dekat negeri masing-masing. Means, tak jumpa laa si Ai Chang ni 6bulan. Makan tak dia ? hhhmmm..

Masuk Sem 5 (awal tahun 2015), tercari-cari aku si Ai Chang. Wpun dekat poli tu ada banyak kucing, tapi aura Ai Chang tu takkan hilang!! Sampai la satu waktu tu, kitorang akhirnya jumpa balik Ai Chang!!! Ai Chang pun ingat kitorang. Ingat nama dia lagi. Panggil Ai Chang terus datang.

Tapi Ai Chang da gateii. Da ade boyfriend sampai mengandung luar nikah. ahahhaa. Nasib baik tak gugurkan dia! Aku & Zatiey jaga dia dan kandungan tu. Bagi minum susu. Sampailah akhir sem 5, waktu tu minggu study week, si Ai Chang beranak! 




Tapi sayang, hanya seekor yang survive. Yang lain mampus. Kitorang tak dapat jaga Ai Chang & anak-anak dia sebab sem break. :(

Masuk Sem 6 (pertengahan tahun 2015), sambung jaga lagi si Ai Chang dan anak dia.



Kenangan sem 6 yang tak dapat dilupakan. Setiap pukul 4AM, Ai Chang mesti kejutkan kitorang sahur. pagi buta da tercegat depan pintu sambil duk meowwwwmeooww..hehe.. Bila tengahari, sebuk tidur sekaki. da macam die pun puasa jugak.





Melebih tidurnya. Kalah kitorang yang puasa ni. hhhhmmm.. Tapi bila tengahari, banteii buka puasa jugak!


Haiihhh laa anakku Ai Chang. Wujud lagikah engkau? Mommy rindu gilagila da ni.. :(

Hopefully ade insan yang sambung tanggungjawab mommy jaga Ai Chang. Love you sayang.

Friday, 15 July 2016

Raya 2016 (Majlis Menyambut Menantu Alang)

[15/07/2016|Jumaat|05:15pm]

Wiwit, 

Assalamualaikum. Betapa da lama aku tak ambik tahu pasal blog, baru aku tahu ade overview blog. hahaha. dasar daratan. So, sekarang ni aku boleh tahu operating system mana yang search blog aku which are Windows, Android, iPhone dll. Android pon da sama naik dengan iPhone. Means that, ada jugak la yang sudi baca blog aku yang membosankan ni.. hahahaa. (tetiba segan nak menaip....)

Okay, back to my main topic!

Pada (09/07/2016|Sabtu), pihak pengantin perempuan pulak ke rumah pengantin lelaki (maksudnye majlis menyambut menantulaaa..hehe..). Cepat kan. Baru 08/07/2016 sanding. Sebabnye rumah pengantin lelaki dekat jer. 5minit da sampai. aiyoyoyo.. hahaha.


Rasa awkward giler. Kalau sebelum ni pi kenduri dengan Alang. Tapi kali ni aku attended majlis Alang! Nampak sangat takleh move on dan terima hakikat Alang da kahwin!!!!



Keluarga aku sampai ke rumah pengantin lelaki dalam pukul 12PM. Keluarga aku dari Narathiwat pon turut same 'belarok'. Terasa terharu! Sanggup datang dari jauh. Much love.



Dan macam biasa la.. Sesi fotografi diteruskan.....








Maka tinggallah aku seorang yang masih solo. Bila da tinggal aku sorang ni, memang ramai la yang tanye. da berpunya ke ? bila pulak majlisnye ? bila nak bagi Abah Mama menantu ? hahahaa. Jawapan aku senang. As soon as possible. Kalau jodoh da ketuk pintu, maka aku buka la pintu tu suruh masuk. ahahahha. Dengan sape ? Wallahua'lam.




Kalau ikutkan pilihan kakak-kakak aku sebelum ni, Mama Abah tak pernah kisah pun menantu diorang kerja apa, tahap pelajaran macam mana, dari keluarga berada @ biasa. Abah Mama just letak syarat :

1.  Sanggup harungi hidup dengan pasangan. (apa-apa pun cabaran)
2. Mampu jaga anak diorang dengan baik. 

Perkahwinan bukan terletak hanya kepada wang ringgit. Tapi kejujuran, kekuatan, cinta dan kasih sayang.  ye dok ? huhu




Raya 2016 (Majlis Bersanding Alang)

 [15/07/2016|Jumaat|3:54PM|rumah]

Wiwit,

Assalamualaikum.

~~Continue yang sebelum ni punya entri~~

Malasnye lahai nak menaip. Tapi bosan pulak duduk rumah. Haiihh.. Pada 08/07/2016, Jumaat, 11AM, rombongan pengantin lelaki sampai ke rumah. Time tu aku tade dekat rumah. So takleh nak feel feel keadaan tu. hehe.


Pengantin lelaki sampai jer, terus duduk atas pelamin. Bergambar dengan famili belah lelaki. Kemain lama sebab ramai. huuuu. Biase bergambar dengan famili perempuan dulu tapi disebabkan pukul 12++pm famili lelaki kena gerak sebab solat Jumaat, so better bagi diorang dulu.

Lepas diorang semua balik, sesi bergambar diteruskan lepas makan beradab.






**My Happy Family.







Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih yang takkkk terhingga kepade tetamu yang hadir. sangatSANGATsangat meriah && tak terlayan semua orang.

So lepas ni Mama Abah fikir majlis anak bongsu dia pulak la ehehehe.. InsyaAllah..



Thursday, 14 July 2016

Raya 2016 (Akad Nikah Alang)

[Friday|15/07/2016|1:46am|rumah]

Wiwit,

Assalamualaikum. Harini da raya ke 10 dannn baru rajin nak bebel.. ehehe. Bagi aku la, tahun ni raya yang paling bermakna sebab kakak aku, Alang, kahwin. Sehari sebelum raya, aku teman Alang pegi KBMall jumpa kawan lama aku, Cik Rawan. Pegi lukis henna.




Aku suggest Cik dekat Alang sebab dulu time belajar dekat Poli, Cik suka sangat lukis henna dekat tangan aku. sampai ke kaki dia lukis. Memang cantik! tak mengecewakan.

Raya pertama (06/06/2016|Rabu), tak semeriah tahun-tahun lepas sebab sedara mara akan datang time majlis bersanding Alang nanti. 

**with mama

**with Rizqy


Raya Kedua (07/07/2016), hari yang dinanti-nantikan. Aku pulak terlebih nerves. haha. Sedih sebenarnye tapi hidup perlu diteruskan. ehehe.

Pagi tu, mak andam datang and make up Alang.



Huda macam biasa la. Merajuk sebab nak make up jugak. Memang darah yang mengalir dalam badan Huda tu 90% ada darah Ucu. ahahaha. nak memulihkan hati yang lara, maka Ucu pun make up Huda. ehehe.


Jam 9:30am, Imam dan pihak pengantin lelaki sampai ke rumah. Last minutes akad nikah dalam rumah jer. Sepatutnya akad nikah di masjid.






Memang dari kakak sulung aku lagi, Abah sendiri yang akadkan nikah anak-anaknya. Dengan 2 kali lafaz (sebab Abe Hanif nerves dengan abah kot..hehehe), Alang sah jadi isteri Abe Hanif. Alhamdulillah..










**left : Angah, Alang, Along, aku.

Maka, tanggal 07/07/2016, tinggalla aku seorang yang masih syurga terletak di telapak kaki Mama. ehehe. 100% hanya untukku.. heeee..

Semoga Alang & Abe Hanif bahagia hingga ke Jannah. Lindungilah mereka drp perkara-perkara yang buruk. Dekatila mereka dengan perkara-perkara yang baik. ahaha. takde point nak sembang..