Silent Readers

Friday, 26 August 2016

YES Ambassador

 [Jumaat|26/08/2016|5:11pm|rumah]

Wiwit,

Assalamualaikum. Lepas 3 bulan aku dan kawan-kawan belajar dekat PESDC, kitorang kena habiskan 3bulan praktikal di mana-mana syarikat pilihan sendiri. Dulu plan lepas belajar, aku and the geng nak balik negeri masing-masing to continue an internship dekat tempat sendiri. But then, bila fikir siangMALAMpagiPETANG, kitorang decided nak teman Kastie yang baru nak pindah duduk negeri kelahiran dia sendiri.

Kalau dulu berlapan, bila praktikal, jadi berpecah sebab takkan ade company nak 8 orang pelajar internship kerja bawah diorang. Mau bankrup le. haha. Ida balik Tapah sebab ade urusan famili. Aku, Kastie & Nasir praktikal company yang sama (nama dirahsiakan sebab last minutes tak jadi praktikal dekat situ.haha) while Dayang, Sya, Khai & Caer praktikal satu company. 


Tiba la pade suatu hari tu, aku dan kawan-kawan aku, si Kastie dan Nasir, nak gi company praktikal kitorang untuk buat pengesahan, tetiba bila masuk Greentown, Nasir pun singgah tempat kerja lama dia, YES store. Kononnya nak try apply praktikal dekat sana. Tapi staff sana suruh kitorang pegi dekat cawangan YES di Ipoh Parade sebab bos ade dekat situ. Kitorang pun pergi ke sana.

Tanpa tengok resume, tanpa interview, bosAnand terus ambik kitorang bertiga sebab he trust on Nasir. Pengalaman Nasir kerja dekat sana buat bosAnand yakin dengan kawan-kawan Nasir juga. Tapi syarat bosAnand, kitorang kena jadi staff YES, bukan pelajar praktikal. Okay, deal.


First day at YES (19April2016), agak janggal bagi aku sebab seumur hidup aku, aku tak pernah jadi pekerja except praktikal time politeknik dulu. Abah melarang keras untuk aku bekerja. Bila aku sebut nak kerja je, mesti dia bagi duit. Okay then. Faham sendiri je la aku bila Abah buat macam tu. hehe.

Dekat Ipoh Parade (IPM), nasib baik ade Kak Ida, staff yang da kerja sebulan. Dia banyak tunjuk ajar kitorang pasal selok belok perniagaan dan yang paling best bila bosAnand sendiri 'turun padang' ajar kitorang bertiga. Siap main teka-teki, kuiz bagai. Waktu kerja start 10AM till 10PM. Biase la, kerja dalam Mall.

2 hari di IPM. Hari ketiga, kitorang bertiga diarahkan kerja di YES Store Centre sebab dekat sana lagiLAGIlagi mencabar! We need to faced all types of customers' attitude. Selain dari itu, kitorang banyak kena pergi roving di luar such as pasar malam, bank-bank dan tempat-tempat lain yang sesuai untuk push the sales.



*Lily, aku, Kastie.





Kitorang kena promote modem Yes. Walaupun letih, tapi bagi aku, ia sangat best! Seriously aku cakap, sebelum jadi YES Ambassador ni, setiap kali pergi Mall atau mana-mana, aku paling malas nak terserempak dengan promoter yang bagi brochure. But then, bila tiba aku ditugaskan jadi macam tu, aku akan rasa sangat dihargai bila orang yang lalu-lalang ambil brochure yang aku bagi (walaupun sekadar ambil tanpa dengar penjelasan).

Betul la orang cakap, nak jadi senang, kita kena mula dari bawah! Barulah kita akan hargai usaha, tenaga dan semangat orang bawahan. I'm very enjoy. bosAnand sentiasa bagi semangat dan he also faced that job before he became a bos.


Selain roving, kitorang juga ade onsite sales di mana kitorang kena pergi rumah atau company customer untuk cek coverage kawasan tempat tinggal diorang untuk meyakinkan diorang.


**Ini kes sistem barter. Customer beli modem, budak tu beli nasi customer. haha.






**IPD 





Daripada aku malu gile nak bagi brochure, sampailah aku jadi addicted. Daripada aku malu gile nak promote dekat customer, sampailah aku berjaya jual puluhan modem YES sebelum meninggalkan semua itu. Kerja tak kira waktu. Kadang-kadang balik sampai 1AM sebab ade meeting tapi semua tu tak pernah terbeban dengan kehadiran seniors staff yang sangat friendly and lovely. Diorang kalau dikira, lagi penat daripada kitorang, tapi setiap hari, aku hanya melihat sebuah senyuman dibibir.


Kak Prema, Kak Shalini, Kak Shamini dan Kak Gab. Walaupun berlainan agama dan bangsa, diorang tak pernah nak sisihkan atau bandingkan staff melayu dengan staff india yang lain. We are family. I love them. [ lap air mata..sedihh :( ] Begitu jugak dengan bos-bos kitorang. Ada mase diorang tegas. Ada masa diorang happy.




**Customer who bought Samsung Galaxy S7 Edge from me.



**First customer who bought a YES Altitude Smartphone from me.


Apa yang lagi aku terharu dan bangga, bila musim bulan Ramadan, staff india sangat menghormati kami yang beragama Islam. Tak makan depan kitorang, bagi excuse kalau penat diorang suruh rehat dekat belakang. Dan siap tunggu berbuka puasa sama-sama lagi. Dannnnnnnnn siap belanja lagiiiiiiii..


Ohya....


Dayang & Sya pun turut masuk jadi a part of YES's family. tapi diorang kena kerja dalam IPM with Kak Shamini. Kak Ida da berhenti.






Walaupun berpuasa, tapi ia tak pernah nak halang untuk terus roving di mana-mana event yang ade di sekitar Ipoh.


**Iftar with my housemates. Kastie, Sya, Dayang and aku.

Selepas beberapa bulan bekerja dibawah YES, aku mengundur diri.

Terima kasih bosAnand sebab sudi ambil aku sebagai pekerja untuk beberapa bulan ni. Terima kasih jugak buat seniors staff dan rakan-rakan seperjuangan aku. Miss yoouuuhhh..



YES mengajar aku banyak benda. Suka duka. Penat lelah. Semangat berpasukan. Yakin diri. If and only if one day I've a chance to be a part of them, I'll join again. :)

Monday, 22 August 2016

Rindu PESDC !

 Wiwit,

[Isnin|22/8/16|11:17pm|rumah]

Assalamualaikum to my my my busuk blog. Rindu PESDC. Pernah tak korang (ececeh bajet ade orang bace) mengalami situasi bila dengar mana-mana lagu, mesti teringat dekat seseorang ke, situasi ke dll ? Aku pulak bila dengar lagu Dilwale, teringat time belajar dekat PESDC. Dengar lagu Kekal Bahagia, Sayang, Mungkin Saja dan banyakkkkkkk lagi, mesti teringat jugak ! Serius tak boleh nak move on. haiihh.



Sampai sekarang rase tak percaya pun ada almost 4bulan aku melangkah keluar dari tempat belajar tu. Rase baru je semalam hari pertama melangkah masuk!



Tenaga pengajar semua best, sporting dannn baik hati.




Boleh tak nak undur masa balik ?? :(



Banyak sangat kenangan manis sepanjang belajar dekat sana.














:( :(