Silent Readers

Sunday, 25 September 2016

2 Weeks Ago...

 [Ahad|25/09/2016|10:39pm|kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik da hampir 2 minggu lebih aku di UKM. Da boleh sesuaikan diri. Tapi macam semua orang tahu, politeknik dengan universiti agak lain suasana dia. Kalau time aku belajar dekat Poli, ade Penasihat Akademik(PA) a.k.a guru kelas yang take care of us dari Sem 1 sampailah ke Sem 6. Means, urusan daftar kursus semua PA akan uruskan dan pastikan semua anak didik dia cukup credit hours. Berbeza di U, semua aku nak kena handle sendiri. Haritu sampai terlupa daftar 1 subjek tu. Nasib baik sempat. Semua benda nak kena berdikari.

Ohye, aku tak tunjuk lagi bilik aku..kan..kan..hehehee... Agak bersepah (tapi sekarang da teratur sikit tapi malas nak snap picture..teettt..ye jee.)


Aku paling suka rak atas meja belajar tu. 1 partition letak buku,fail and so on yang berkaitan dengan belajar. 1 partition lagi haruslahh barang make up !! haha. Alaaniah dengan make up berpisah tiada. Baru seimbang antara belajar dan berjangok. ehh? hikhikhik.. Make up pun bukan nak tunjuk 'cantik' dekat orang tapi confident untuk diri sendiri. kannnn.. (pliz anyone back up me dalam hati..haha)


Andd ya..ya..ya... cadar tak betulkan pun sebelum ambik gambar.hahhaa. buat ape nak hipokrit. Dah memang itu rupa cadar setiap kali bangun dari tidur.ahahaha.. Babies confirm la kena bawak nanti mommy rindu daddy macam mana..ehhhhh?? ~!@#$%^&*()_+


Fresh roses sangat-sangat wangiiii tuu pembakar semangat nak study tapi roti tu pembakarnya tak dibawakkk..Maka sapu dengan kaya je laaa..hihihi..

20/09/2016 (selasa) yang lepas, semua pelajar intake 2 ada Majlis Ikrar Pelajar Baharu dan wajib pakai baju kurung biru dannnnnnnn.....


Tudung putih. :O siiggghh.. Aku ingatkan hari konvo lepas adalah kali terakhir aku pakai sebab aku benci tudung putih! Siap lipat dan letak dalam almari yang paling hujung kononnya da taknak tengok. Sekali, datang sini, kena pakai lagi!! aiyiyoyoyo. Maka bertambahla koleksi tudung putih yang baru.

 Semua pelajar baharu dari Kolej Pendeta Za'ba kena naik bas khas untuk ke Dewan Anwar Mahmud (DAM).


**With Hani (roommate) and Zue (classmate). While waiting for the bus.


Dalam UKM ni pun nak ke sesuatu tempat kena naik bas sebab kawasannya luas. Sesampai di DAM, da ramai pelajar dari kolej lain da pun sampai.



**with Hani, Zue and El (kawan Zue)





 **from left : Zue, Syira, Shafiqa, Izzati dan aku...

So, 2 weeks dekat sini, aku da kenal beberapa kawan baru. Hope to meet new friends soon.


Hari Jumaat lepas (23/09/2016), aku ade kelas Programming and Calculus...


Pagi tu start with Programming class and I feel sssoooo sleepy. Aku bukan taknak minat Programming tapi entahla.. Lecturer yang mengajar tu kemain bagus dan best.. Maybe sebab dari Poli lagi aku da tanam sifat malas nak mendalami ilmu programming.haha.. and suddenly, loceng kebakaran berbunyi.. Rupanye ade latihan kebakaran.. Seems like Allah can heard my heart..hahaha. Terus segar mata dan excited turun dekat kawasan lapang.








Hahaa..Dasarr..

Okaayyyy............to be continue with another stories......bubyyee

Thursday, 15 September 2016

First Day as Degree Student!

[Khamis|15/09/2016|11:15pm]

Wiwit,

Assalamualaikum. Lepas tahu keputusan tawaran sambung degree, aku ada 2 hari je nak settle-kan medical check up, bayar yuran, beli barang, ambil gambar passport and other things yang berkaitan. Tahu keputusan hari Jumaat(09/09/16) tapi Sabtu baru surat tawaran keluar. Means, start dari hari Sabtu la baru boleh settle. Isnin da raya haji, so semua benda closed. Selasa aku da gerak ke KL.

So harini baru ade mase nak bebel dalam blog since da janji dengan someone yang da membebel cakap aku tak hapdet lagi blog (sape makan cili, dia terasa pedasnyee..hikhik)



Ape yang terharu, ahad lepas Abah dan Mama bawak aku pi medical check up dekat Klinik Perdana KB (aku kasi 5 bintang cara layanan nurses dan doktor!). Sekaki je Abah Mama ikut aku. Sampai naik tempat X-Ray pun diorang ikut. Tempat menunggu X-Ray tu tade pun parents. Hanye pelajar-pelajar yang nak pi U macam aku. Punye excited Mama Abah..hehe..

Pergi bank-in yuran pengajian dekat Bank Islam pun, Mama dan Abah ikut sekaki. Padahal bank-in tu memang da kerja aku sepanjang kerja di YES dulu. I love you, Mama. I love you, Abah.

DAN,

Bermulalah perjalananku di Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdulillah.



Malam sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, baru aku siap packing barang yang dibantu oleh PA aku, Reesha Uqayla. hihihi.


Budak tecik ni sangat rajin. Tertunggu-tunggu Ucu suruh masukkan barang ke dalam guni besau tu. Comeeeeiii eeeii gerammm..

Selasa (5AM), aku, Mama, Abah dan Alang gerak dari KB. Sampai di Chow Kit around 12PM. Check in hotel -> tidur kejap -> Alang bawak aku dan Mama pi Kenanga Wholesale City. Sakan betoi Mama shopping. Yang happy anak Mama ni laaa, nak ape semua dapat. ehehehe. :P


**Muka penat....Muka malas...ehehe


**My kokok. hehe

Hari Rabu|14/09/2016, seawal 6:30AM lagi kitorang check out dan terus menuju ke UKM, Bangi. Perjalanan tu lebih kurang sejam since Waze buat hal ++ sesat. hahaha.

Sesampai di UKM, pun sesat sebab UKM besau nau. Pening dibuatnya. Dahla taktau nak daftar dekat mana. Bila da tahu, tak tahu jalan pulak. Nasib baikla orang sekeliling sudi membantu. Dan sepatutnya aku kena daftar di pengurusan akademik dulu baru lah pi fakulti. Tapi kitorang banteii pi fakulti dulu. hahaa.


 Pukul 8:30AM baru boleh start daftar. So, kitorang breakfast di cafe. Lepas makan, kitorang ke fakulti balik untuk daftar.



 Then, barulah kitorang menuju ke pengurusan akademik. Dekat sana, aku dapat tahu penginapan aku dekat mana. Aku dapat Pendeta Za'ba. Ramai cakap Pendeta Za'ba ni paling best dan terbesar. hehee. 

Aku dapat ground floor. Alhamdulillah..



Bilik sangat puas hati !!! Locker ade partitions, katil pun ada laci, meja study pun terbaik. Siap ada papan lekat-lekat tampal-tampal notes lagi. It's perfect. :) Setahu aku, asrama dekat sini ada 2 jenis bilik. 1 bilik untuk 2 orang. 1 bilik untuk seorang. Kalau sorang tu krik krik la plak kan..

Aku sebilik dengan pelajar fakulti yang sama dengan aku tapi lain kos. Hani tu jugak lepasan asasi. Means lagi muda daripada aku la. Baru 19 tahun. Bestnya ade adik. ehehe.

Mula-mula tu aku ingat 4 tahun la aku belajar dekat sini. Tapi rupa-rupanya lepasan Diploma da masuk tahun dua terus. Means that, dalam 2years++ la aku kat sini. InsyaAllah. Mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar.

Abah, Mama, Alang dan cousin aku yang datang melawat aku with his family balik tinggalkan aku tepat jam 2PM. Nak nangis tapi tahan sebab ade penahan panah perindu.. ihikss.. Pukul 2:30PM, ada Minggu Mesra Mahasiswa dekat dewan. Untungnya kitorang second intake ni, hanya 1 hari setengah je orentasi. yyeeaayy. Tapi aku suka orentasi sebab 'games' best. Aku selalu ternanti-nantikan orentasi sebab langsung takde kawan. So masa ni la nak berkenalan dan alhamdulillah, hampir semua peramah. yeaayy ade kawan baru.



Petang sesi berkenalan. Malam sesi perkenalan dengan biro dan pemilihan biro.

Pukul 8AM tadi pulak kitorang ke fakulti sebab fasi nak tunjuk arah bilik kuliah, pejabat, library, lab and so on. Dari asrama ke fakulti aku boleh buat 2 pilihan samada nak jalan kaki or naik bas. Tapi tadi fasi suruh jalan kaki je.

So, bermulalah kehidupan aku di sini. Nervous overload tu tak payah cakap la. Tapi aku akan cuba sehabis mungkin untuk buat yang terbaik. Kalau nak mengalah, selalu la ingat :


Friday, 9 September 2016

Road to Degree.

 [Sabtu|10/09/2016|12:28am|rumahkelantan]

Wiwit,

Assalamualaikum my dear blog. Tak sangka sampai ke peringkat nak masuk degree, aku masih menaip di blog yang sama. Lebih 6 tahun aku kaki blogger. Walaupun tak famous macam blogger lain (nak femes macam mana, asyik sembang pasal diri sendiri, sape nak tahu pasal diri yang kerdil ni..kan.. sobbss.. touching with my own word). My mission pun bukan nak jadi famous. no no. I prefer to be a silent blog writer. I feel so enjoy with my own blog. :)

Okay, da tersasar jauh dari landasan. Memang Alaaniah ni tak boleh bawak train. Orang nak pi Bangi, dia bawak pi Seremban. ahaha. teett..

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk aku melangkah 1 lagi anak tangga iaitu alam degree. Aku pun hampir-hampir nak pi interview gred SPM (under government), tapi bila fikir masak-masak (fikir je pandai masak-masak, nak memasak tu ke laut..haaiihh), aku dengan ini melepaskan interview tu demi sambung cita-cita aku.


Aku ingatkan jodoh nak sambung belajar tu sampai diploma je since ramai yang cakap budak politeknik susah nak masuk IPTA (haaa, tula suka dengar cakap orang). Tapi dengan ini, aku sebagai Alumni Politeknik Muadzam Shah menegaskan bahawa, budak Politeknik pun boleh sambung degree ke IPTA. InsyaAllah, dengan usaha, semangat dan tawakkal. Bukan niat nak riak or bangga diri, tapi dah 3 tahun aku lemas dengan kata-kata orang yang selalu menjatuhkan aku. Bukan seorang. Tapi ramai yang hina aku. Aku naik pelik jugak kenapa diorang suka  menghina aku sedangkan aku ni pendiam orangnya. hahaha.. ceceekkk..


Tepat jam 12PM semalam [09/09/2016|jumaat], aku klik butang rayuan di web rasmi UPU dan I'm so speechless bila tengok perkataan 'TAHNIAH'. Ya Allah, sukar diungkap dengan kata-kata. Terus aku meloncat dari katil menuju ke dapur and bagitau Mama yang tengah masak. Mama pun dengan keadaan gembira overload tinggalkan aku yang kaku berdiri kaget tengok reaksi Mama berjalan laju menuju ke biliknya untuk bagitau dekat Abah..hehe.. Ya ALLAH, terharunya aku. Menitis air mata ni bila tengok reaksi Mama Abah.

Tenangnye hatiku ini. Memang dari mula aku melangkah ke diploma, niat aku hanya 1. Nak tengok senyuman Mama Abah dengan pencapaian aku sebab dari dulu, aku bukan anak yang pandai macam kakak-kakak aku yang lain. Tak pernah terlintas untuk meletakkan niat berjaya untuk masa depan aku sendiri di tempat yang utama. Yes, it's not me. Niat utama aku bukan untuk masa depan aku tapi untuk Mama Abah.

Ya Allah, panjangkanla usia kedua ibubapaku untuk aku terus berbakti kepada mereka.. aamiin.


**dulu pun aku ingatkan aku tahap tadika jer sebab nangis je memanjang takmo pi sekolah. Sampaikan kakak sulung aku masuk belajar sama-sama.

Ohya, aku sembang ni pun bukan mudah nak masuk U. Pengalaman aku, panggilan pertama 08/08/2016 , aku tak dapat sebab waktu aku mohon UPU awal tahun, aku tak sertakan sijil MUET sebab result MUET keluar lepas permohonan UPU ditutup. So, memang awal-awal lagi aku memang tahu tak dapat.

Rayuan pertama pada 25/08/2016 pun bukan rezeki aku. Aku hampir-hampir give up sebab sijil MUET hilang. Tapi, Allah hantarkan hambaNya yang sudi tolong aku settle-kan masalah tersebut. Alhamdulillah. Sempat ambil copy sijil MUET di Batu Caves.

So, 14/09/2016 tarikh daftar ni, aku masuk kelas terus without orientasi. Maklumla dapat rayuan kedua. Tapi Alhamdulillah, dapat.

Berbekalkan beberapa hari je lagi nak settle-kan semuanya, aku kena kuat!

Wednesday, 7 September 2016

Jejalan di KB !

 [Khamis|08/09/2016|12:05am|rumahkelantan]

Wiwit,

Assalamualaikum. Heheee. After soooo long tinggal di tempat orang, akhirnya Alaaniah balik ke pangkal jalan. aik? heeee... 


Sejak dah jadi penganggur balik, sejak da tade kerja nak buat, lately aku banyak terperap dalam bilik. Sampaikan Abah Mama naik rungsing. Da macam same je aku ade ke tade dalam rumah. Nak cakap putus cinta, never. Makin mekar ade lah. eh? ~!@#$%^&*()_+

Actually, since Alang da kawin, aku tade teman nak jejalan. Nak pi sorang tu boleh tapi tak syiokk. (tapi haritu pun keluar jugak sesorang sebab Abah pakse.. kesian sgt tengok anak dia bosan tahap nak pengsan..haha).

Isnin lepas, tetiba Alang ajak keluar.. Yeayy me! :P Lepas Maghrib je terus kitorang ke Tunjong sebab dekat sana ade Euro Fun Park ! 



Yang bestnya banyak giler deretan khemah orang berniaga. Tetiba nafsu shopping naik. haha. Seriously, aku ni bukan jenis suka shopping dekat butik-butik mahal dekat supermarket tu. Maybe sebab darah kampung mengalir tu lebih banyak. So that, aku ni jenis kaki hantu shopping dekat pasar-pasar malam! Murah tak kesah janji cantik.. hehee..

Nak masuk Euro Fun Park ni, orang dewasa kena bayor RM4 while kanak-kanak RM2. Masuk dalam tu, ade banyak giler permainan. Antaranya :



Setelah ronda, aku dan Alang decided nak main Bumper Car dan masuk rumah hantu, Prightmare ! 

Yang bestnya prightmare ni, kita tak payah jalan kaki masuk tapi naik train. Kebetulan pulak time tu tak ramai lagi datang, so that, aku dan Alang je masuk dalam rumah hantu tu. serious seram. ggggrrr. Train tu siap naik ke tingkat atas. 



Lepas masuk rumah hantu, pi beli token untuk main bumper car.



Aku dan Alang ambik kereta sorang satu. Ade lagi 2 kereta milik orang lain. Kitorang berempat main langgar-langgar. Best giler. Aku dan Alang paling over menjerit. Bila da tamat masa. Rase frust jugakla sebab tak puas lagi main. Nak beli token lagi macam bazir pulak. Sekali, orang yang handle bumper car tu tak bagi kitorang balik dulu. Dia bagi free main 1 kali lagi sebab dia suka tengok kitorang main. Yang lagi syok, dengan dia sekali join main langgar-langgar dengan kitorang. Yeaayy!!



Lepas tu balikkkk...

Selasa pulak, kitorang jejalan lagi...


Kali ni kitorang serbu Aeon. Aeon baru je buka tahun ni dan tak silap aku tak sampai 10x lagi jejak. The stores that I loved the most are Kaison, Daiso andddd Mr DIY. Dekat Perak sebelum ni pun mesti masuk 3 kedai ni. setiap kali pegi Aeon Falim, Aeon Klebang, Aeon S18, Aeon Kinta City, Aeon mane lagi ea? Banyak sangat Aeon dekat Perak. hehe.




Why I love that stores? Sebab dari dulu berangan nak hias bilik cantik2. dan sekarang baru berpeluang.. Yeeaayyyy.. My room in under maintenance.



Banyak nau bebear dari Perak turut pulang ke Kelantan. huhuhu.. Aku pun tatau concept ape.. Tapi bila Mama masuk and cakap da macam rupa tadika. Then, I accept it. Sebab aku ni luaran je beso, tapi dalaman tu ade taman kanak-kanak. sebab tula orang suka bagi aku bebear sebab aku hantu bebear. ehehe. (Bunga pun suka jugak...so nampak jugak la gugirl kan..? kan..?)

Tapi yang heran, bila aku minat bebear, Mama cakap budak-budak je main bende alah tu. Aku da besar panjang. Tapi bila aku cakap aku nak kahwin, Mama cakap aku budak kecik lagi. So ? Tahap apakah aku ni? hahahahaa..