Silent Readers

Tuesday, 25 October 2016

Setahun Sudah Pakai Skincare!

 [Rabu|26/10/2016|12:34am|rumahkelate]

Wiwit,

Assalamualaikum... Esok (27/10/2016), genap la setahun aku pakai skincare yang aku tengah pakai sekarang ni! Teringat balik zaman belajar dekat Politeknik dulu, mukaku hanya dipenuhi jerawat all the time. Tapi aku tak cakap sekarang ni aku flawless gebu gebas cuma jerawat tu kadang-kadang je singgah kejap. hehe..


Dulu nasib baik je ade camera beauty untuk menipu di alam maya tapi still nampak atas dahi tu.. dulu memang banyak gile jerawat atas dahi. Jerawat batu ? ada. Jerawat pasir ? ada. Nak ape, cakap...


Seluruh mukakuu... zoom cepat...






Bawah hidung, atas dahi, pipi kiri kanan, dagu.. semua laaa.. Macam-macam produk aku pakai tapi same jee.. Kalau tak pakai bedak tu lagi lee..

Sampai la satu haritu (27/10/2015), lepas habis exam last untuk SEM 6, Abah & Mama bawak aku jejalan di KL with Alang. Nak segarkan otak aku balik..ehehe.. Abah singgah di kedai kecantikan kawan dia dekat area Chow Kit untuk beli Kopi 3in1. Time tu, Mama kalut cari collagen. Aku pulak ambik kesempatan tanya bini kawan Abah produk ape yang paling okay untuk muka aku ni. Dia pun suggest skincare yang aku pakai sekarang ni.

7Hari pakai da nampak kesan positif. Ingat lagi lepas seminggu di rumah, aku join kursus Android dekat Politeknik Seberang Perai. Kawan aku yang join sama da mula tegur muka aku da lain. Takde da jerawat pasir. I'm so happy... 



Sempena genap setahun ni, aku mula terfikir nak guna produk lain pulak since ramai yang cakap, kalau pakai lama sangat produk yang sama, lambat laun produk tu da tak berkesan dengan kulit kita. Dan sekarang pun aku a little bit scared since dekat pasaran sekarang banyak jual produk skincare yang tiruan sebab kadang-kadang bau sabun tu lain kalau beli dekat kedai berbeza. 

So........... Skincare ape yang bagus ye kalau nak tukar... Ade effect tak kalau tukar mengejut? hhhhmmm..

Saturday, 22 October 2016

Life in UKM

 [Ahad|23/10/2016|1:04am|rumahkelate]

Wiwit,

Assalamualaikum....

Kehidupan aku dekat UKM so far so good. Banyak ilmu baru yang aku dapat dan aku mula terasa susahnyaaaa belajar! Nasib baik aku dikelilingi kawan-kawan yang bijak pandai yang dapat tolong aku dekat sana.



Selain belajar, kerja aku dekat sana....



makan...


makan...


dan makan...

Adil tak aku untuk tubuh badanku? hahaa. seimbangkan antara belajar dengan makan. What you give, you will get it back! (ada kaitan ke? haha)





 Pejam celik da sebulan lebih aku jadi pelajar UKM. Alhamdulillah. tapi mampukah aku melangkah lebih jauh? Banyak tahun lagi nak kena melangkah ni. Mampu takkkkkk?? Aku bukan pelajar yang pandai jauh sekali rajin... Fikiran aku sekarang nak kahwin je.. ehhh? hahahaaha... ttteettt


Menang Kuiz Kursus Kemahiran ICT

 [Ahad|23/10/2016|12:47pagi|rumahkelate]

Wiwit,

Assalamualaikum. Since sekarang ni mid sem break, bersedialah kalian dengan bebelan marathon daripada Alaaniah.. hehee.. 

Pada Isnin(17/10) yang lepas, aku dan geng aku 5 orang telah join satu kursus kemahiran under Biro ICT. Setiap kolej akan wakilkan 10 orang peserta. Kami antara peserta daripada Kolej Pendeta Za'ba(KPZ). 


from left : Hani(roommate), Zati, Zue, Shafiqa, Syira and aku.

Kursus tu start pukul 8PM. Dari KPZ nak ke PTSL kena naik bas.


 Sampai je PTSL, Kitorang belajar mengenai sistem perpustakaan selama sejam setengah dan lepas tu ada kuiz berkaitan dengan ape yang kitorang belajar.



Lebih kurang 30 orang ++ yang ada waktu tu. Tamat je kuiz, lecturers terus semak jawapan pelajar dan umumkan pemenang. Aku langsung tak rase nak menang waktu tu sebab main-main. Bila sebut pemenang nombor 1 & 2, maka ingatkan da takde harapan. Sekali namaku diseru untuk pemenang nombor 3..hehehehe..


Can you feel apa yang aku rasa waktu tu? Tak mintak nak menang tapi dapat. hahaa. walaupun nombor 3..wweeewweeewwee...



Excited giler dapat pendrive... :P

Dapat Hadiah From Aidijuma.

[Sabtu|22/10/2016|11:47pm|rumahkelate]

Wiwit,

Assalamualaikum. Alhamdulillah, finally setelah 10jam ku kematu di dalam bas from Bangi to Kota Bharu, akhirnya sampai jugak to my home sweet home for mid sem break. Tapi nampak gaya seminggu cuti tak cukup untuk aku sebab Mama da list-kan tempat yang dia nak pergi and ia sangat padat! Only for you,Mama. I love my part time job as a driver. hihi.

Whatever it is, aku takkan lupakan blog busyuk mashem ni. Tempat aku simpan kenangan && gambar since hardisk sekarang tak boleh dipercayai lagi. Sekali ia rosak, maka hilanglaaa gambarrrrrrrrrrr..aiyoyoyo..tapi no no gambar sweet sweet okay...hehe

~!@#$%^&*()_+

Bulan September lepas, aku join contest Aidijuma. Alhamdulillah, aku antara pemenang contest tu dan rezeki aku dapat 4 helai tudung bawal yang latest!!! 



Ini bukan kali pertama aku menang contest anjuran Aidijuma. Dari aku belajar dekat Politeknik lagi aku join dan alhamdulillah da lebih 10helai tak silap yang aku dapat. 



Sape yang rapat dengan aku, mesti tahu yang aku gilakan tudung Aidijuma. Sangat-sangat addicted!! Dah kronik sakit aku ni. Tapi aku banyak koleksi white label sebab murah..hahaha..Nak beli yang black label semua tu nak kena kerja dulu la gamaknya. Tapi white label pun ya ampun sangat tak mengecewakan!!

Aku suka cara Datin Juma tarik customers. Ada kan contest so that, makin ramai lah followers dan secara tak langsung, lepas aku publish entri ni mesti ada yang akan follow Aidijuma kan? hahahaha. (perasan macam ade orang nak ambil tahu). Hari jadi aku tahun lepas pun, aku dapat hadiah drp Aidijuma. I loooooooooooove Aidijuma!!






Tudung princess ni pun antara hadiah contest tahun lepas. Sape yang tak pernah try tudung Aidijuma, better walk in sana Aidijuma Store yang berdekatan. serious tak menyesal dan aku yakin, lepas try, akan ketagih macam aku.

Dan yang bawah ni antara yang aku beli. Antara yaaa, bukan semua... Kalau semua tu tak terkiraa banyaakkk sangatt..








Friday, 7 October 2016

HARAZZ INN WAKAF CHE YEH

 [Sabtu|08/10/2016|01:16am|kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. Ingat lagi tak post aku sebelum ni pasal Bilik Sewa Harian Wakaf Che Yeh ?? Kalau da lupa ingatan, click me cepat.. Kalau tak bace pun lagi, click me jugak!!

Actually name sebenar bilik sewa tu adalah Harazz Inn milik kakak aku, Alang. Alhamdulillah belum cukup sebulan bilik sewa ini dibuka, da lebih 10 orang sewa. Dan yang paling teruja, ade customer siap repeat sewa lagi sebab dia cakap bilik besar tapi harga murah. susah nak jumpa bilik macam ni. berbaloi-baloi..



Cuti 3 hari sempena Maal Hijrah haritu, aku teman Alang bersihkan Harazz Inn ni lepas customer check out. Alang akan pastikan semuanya kembali perfect setelah customer check out.


Tukar cadar baru, vacuum carpet, bersihkan meja makan, sental tandas lagii.. Haiyaa. Padahal customer tu duduk semalaman jer tapi cara Alang kemas tu macam duduk sebulan. Itu yang bagus owner ni.. hehehe..


Hopefully, makin ramai kenal Harazz Inn nanti sebab kedudukan sangat strategik. Bayangkan dalam kawasan Pasar Malam Wakaf Che Yeh jer! Nak basuh baju? ade Dobi 24jam. Tetiba sakit gigi? ade Klinik Gigi Fasha. Tetiba nak baca majalah/novel? ada Syarikat Muda Osman. Nak listkan pun tak larat. Pape hal contact Puan Hakimah 0194526558 :)

Hobi Baru.

 [Sabtu|08/10/2016|1am|kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum...waaa rindunyaaa Blog !! Balik rumah haritu baru ingat nak update blog tapi tetiba laptop rosak! Nak kata aku main kasar dengan laptop ni tak. tak pernah. aku kemain belai bagai menatang minyak yang penuh. Tak jaga salah, terlebih jaga pun salah. haiiyaa. da macam hati manusia pulak. Tak jaga, susah. Terlebih jaga pun, susah.

~!@#$%^&*()_+

Da hampir sebulan aku di UKM. Banyak benda baru aku belajar. Lagi-lagi hobi baru yang tak pernah aku buat dalam hidup. hahaha. apekah???



Bagi monyet makan! HAHAHAHA.

Bilik aku terletak dicerut hutan. So that, teman main aku ofcoz la monyet. Setiap petang ade je diorang (eh, bukan orang. tapi nak panggil ape? diekor? lagi pelik.) main dekat belakang. Bila bunyi mereka (haiih, macam tak kena jugak) jer, aku terus berlari menuju ke tingkap sebab da kenal da suara depa. ahaha..





Acah-acah berani jer tu, padahal cepat-cepat baling roti then tutup tingkap..hehehe..

Tapi malam ni tetiba aku bunyi benda lain. Dahla roommate balik rumah. Aku sorang je dalam bilik. Naik seram tapi hati tertanya-tanya bunyi apekah?? Takut jugak si monyet tercekik durian ke ape. kesian. Dengan beraninye aku jenguk.. 

SEKALI.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


It's boars !!! ececehh nak nampak sopan sebut boar. Tak sanggup nak sebut babi hutan. eh??? kan da terlepas cakap. hahaha..

eeiiii seriously takut giler!! kenapa la kau babi hutan muncul time aku sorang-sorang? dahla bawak 6 ekor ahli.. bila bunyi serentak da macam ape....gggrrrr serammm.. 

Dah macam dalam zoo..