Silent Readers

Thursday, 24 November 2016

August Babies!

 [Jumaat|25/11/2016|12:05am|kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum... 

Bulan Ogos lepas, we got 2 august babies and the celebrations sangatSANGATsangat best. Rase baru je berlaku semalam.hehehe.

08/08 birthday Kastie. We all planned bawak Kastie somewhere untuk 'kerjakan' si budak itu.. siap buat group whatsApp without Kastie lagi untuk plan. Bincang punya bincang, kitorang pilih Lata Kinjang, Tapah, Perak. We went there with 3 cars. Dyg dan Caer berpecah kejap sebab diorang pergi beli kek while others teruskan misi ke air terjun tu. 

Kastie pulak tak habis-habis tanya "Nak pi mana? tak faham Kastie....." diam la Kastie.. hahaha.. nyesal tak suntik ubat pengsan kejap suruh dia diam. anddddd.....


HAPPY BIRTHDAY KASTIE!!!! Hheheheheee.. Da jadi hantu tepung... 😜😜






Birthday girl tak cukup tidur ke tu? hahahaa.. ke mata masuk tepung..?





And another birthday babies is Nasir (18/08). We went to Lost World of Tambun. 



Maaf la ye, aku ni suke posing senget-senget..haha..

That place sangatSANGAT best. aku paling gilakan waterpark walaupun tak reti berenang. hahaa. Berenang tu no 2. Aku ni nama je berketurunan orang pulau tapi berenang katak je mampu. huhuhu..




 Yang bestnye waterpark dekat sini, ia tak fokuskan untuk mandi manda jer. Ade jugak a small zoo (zoo kot..) sebab ade zirafah, landak, kancil, harimau... 







 Paling best rumah hantu. Sangat takut! Tak bazir pun habiskan RM10 untuk msuk dalam rumah hantu ni..hehe..

Last but not least, Happy Birthday August Babies (walaupun da 3bulan lepas..hehe)

Not a Sushi Person!

 [Khamis|24/11/2016|11:40am|kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum...Nak habis sem ni makin banyak kerja nak kena settle-kan. Pening+penat+mengantuk semua ada macam cendawan tumbuh selepas hujan...cceecee giteww.. 

Nak hilangkan stress, aku nak mengadap blog kejap. my blog is my medicine. ehehe. 

Ingat lagi waktu aku di Ipoh. Kawan-kawan mostly minat gila sushi dan diorang decided nak makan sushi. Aku pulak tak suka sushi. Aku pun pelik dengan diri sendiri ni. Nak cakap orang kampung, ulam tak makan, budu tak makan, kuih-muih tradisional tak makan, lemang, ketupat semua benda tu memang tak makan! Nak cakap orang bandar, sushi tak makan, burger, kebab, spagetti semua tu pun tak makan! hahahaha. Alien kah? 


Satu hari tu, aku terpaksa jugakla masuk Sushi King sebab diorang semua nak makan. Ingat nak tunggu je diorang tapi diorang pakse cuba 1. siap nak belanja lagi. So iolls try la.


gggrr..tengok muka tu. Tak redho makan sushi..geli tekak den..makanan apakah ini? hahaha. Aku melangkah masuk dalam restoran tu pun da naik mual dengan bau sushi. Apetah lagi makan.. but then, it's all about memory :)




Anyone please don't challenge me to eat sushi again. Nak belanja pun, belanja la chicken chop ke, kfc ke,ayam gunting ke, ayam bakar, ayam percik, ayam dinding..aaaaa...semua jenis ayam aku telan!... Tapi aku bukan mak ayam! eh? ehheeh

Sunday, 20 November 2016

Short Vacay at Melaka.

 [Ahad|20/11/2016|7:50pm|kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum to my dear blog. Miss me or not? hehehe. Lately kerja banyak gila dengan mid test exam online la ape la. Buat otak ni serabut. Hari-hari WhatsApp Mama cakap malas. Nasib baik Mama faham jiwa anak dia ni. hahaa.

Lepas kerja bak tsunami tu reda, aku dan classmates (Zue, Zati, Syira, Shafiqa) plan pegi Melaka nak kaji sejarah Baba & Nyonya untuk subjek Hubungan Etnik (ambik nama je kaji sejarah, tapi nak melencong tu yang banyak..hehee).

So,yeahh.. Jumaat lepas (18/11/2016), lepas habis Lab Programming, kitorang berlima terus ke KTM UKM menuju ke Ampang untuk ambik kereta Syira. About 12PM++ kitorang terus gerak ke Melaka. Dekat Melaka, kitorang tumpang rumah Zue. So jimat la sikit kan. Pengangkutan SyiraπŸš—. Penginapan ZueπŸ’€.

Sampai je Melaka, Petang tu parents Zue bawak kitorang jejalan pusing Melaka. Mula-mula kitorang pegi Dataran Pahlawan.



*From left : Shafiqa, Zati, Zue, aku dan yang belakang tu Syira. 



Lepas tu jejalan dekat taman (maybe)..hehe..


Melaka da banyak berubah. Last time aku pergi sana mase umur aku 12tahun (2006). Rombongan sekolah lepas habis UPSR. hehe. Zaman ambik gambar guna filem. Sampai sekarang tak cuci pun lagi gambar-gambar tu. haiyyaa

Menjelang malam, parents Zue bawak makan dekat Restoran terkenal dengan masakan Asam Pedas. Sape yang kenal aku, aku bukan penggemar makanan pedas. Aku macam 'terperangkap' dekat situ. Tengok menu semua asam pedas jer. Takkan nak bersuara cakap tak makan. Kesian pulak parents Zue. So, telan la jugak...The only masakan pedas yang perut aku boleh terima hanyala masakan Mama...aaaaaa..tetiba rindu Mama..she miss me too.. ;(



And as I said, lepas makan je terus panas perut aku...menggelegak kepedasan..hahaa..Tapi actually memang best asam pedas dekat sana sebab tu aku sanggup telan sampai habis licin!! Best giler. 

Hari Sabtu (19/11/2016), seawal 9AM kitorang gerak ke UTeM untuk celebrate birthday kawan lama Syira, Shafiqa dan Zati. Diorang ni belajar sekali waktu diploma dulu. Bestkan. aku jugak datang sebatang kara dekat UKM ni..waaaaa..


Yeayy.. Happy birthday Faten! Walaupun first met, tapi Faten sangat peramah.. πŸ’–


As usual, bila bergambar je, mesti yang overdose tu Alaaniah. Hantu posing. haha..

Lepas tu, baru kitorang gerak ke Baba & Nyonya Heritage Museum untuk kaji pasal pakaian Baba & Nyonya.


**aku & Shafiqa as a presenters nanti..

Tak sabar nak present pasal Baba & Nyonya ni nanti. I love kebaya tapi memandangkan badan aku tak sesuai pakai sebab kebaya ni sesuai untuk badan yang ramping jer, so kita tengok orang pakai je la ye..haha


Bayaran masuk RM16 untuk dewasa tapi memandangkan kitorang ada kad pelajar (walaupun aku lupa bawak. nasib baik sorang je tunjuk kad pelajar), so kitorang just kena bayar RM10. yeayy..




Aku memang dari kecil suka masuk muzium. Bila dapat masuk ni, memang teruja gila tengok barang-barang yang da jadi sejarah. Even dekat Kelantan pun banyak kali aku masuk muzium. Setiap negeri yang aku 'jelajah' mesti aku akan pergi muzium. Bagi aku, duit untuk 'dilaburkan' ke muzium tu takde masalah. Aku suka ambik tahu dunia sebelum aku dilahirkan dari pergi shopping...ehh?? hahaa..

Setelah sejam lebih di muzium, kitorang menuju ke Upside Down House! Yeayyy.. Sampai je sana around 12PM++, kitorang tengok ramai gila yang beratur untuk masuk rumah terbalik tu.. Makk aiii... Kalau aku memang cancel da. Tapi tengok diorang teruja jugak nak masuk, so, aku ikut je la.. 

Kitorang beli tiket dan orang kaunter tu suggest dekat kitorang kalau tak makan lagi, better makan dulu.. so that, kitorang pegi makan.. Kali ni, aku tak order asam pedas..huhu

Pukul 1.10PM, baru la kitorang boleh masuk Upside Down House..






**Agaknya ade tak yang sudi kawin dengan isteri masak terbalik ni? hahaha.. da macam kelawar..







**saye nak study kejap ni. jangan ganggu ehh.. hehe







Pukul 2PM kitorang keluar dari situ then terus menuju ke Mahkota Parade. Lucky me dapat kawan-kawan yang tak suka shopping sangat macam aku! So kitorang masuk Mall tu just window shopping. Takde la lama sangat menunggu orang yang gila shopping. 

Ape yang sama aku & kawan-kawan aku, kitorang lebih pentingkan makan! Jalan-jalan pastu makan. benda tu was looping everyday. haha..

Petang sabtu pulak, kitorang ke pasar malam tempat famili Zue berniaga. Tetiba teringat time aku berniaga dekat pasar malam Perak. really miss that moments!!

Malam kitorang makan makanan yang famili Zue jual and we got all that makanan tu free!! Bontot ayam, hati ayam...aaaaaa..my fav eva! bayangkan dapat banyak gila!! Gemuklaaa Alaaniah nanti..

So girls, where's next? πŸ˜€πŸ™‰