Silent Readers

Sunday, 25 December 2016

Hangout with Besties


[Isnin|26/12/2016|1:52AM|Kolej] 

Wiwit, 

Assalamualaikum. Esok da exam. Aku makin nerves. Da hampir seminggu 'study',  semalam Sya & Khai datang melawat and bagi peluang aku lihat dunia luar. Haha. Thanks a lot KakLong & AbgLong 😜😝

So lets shoppingggggg dan makaaannnnn.. 





Terharunya ade jugak yang caring dengan aku. Bawak pegi beli alat tulis untuk exam, bawak pegi butik yang tak pernah aku jejak, bawak pegi makan food truck,  uptown dll. Banyak betol aku borong hewhewwhewww.. 

Tak cukup ahli ni. Next year kite plan lagi okay. 

Bubye.. 

Monday, 19 December 2016

Sebelum Sem 1 Berakhir

 [Selasa|20/12/2016|12:06AM|kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum.. Selasa depan aku da start paper Database and sebelum study lebih hard, aku nak share kenangan sem 1 sebelum melabuhkan tirai gitew..heehee

Rabu lepas bersamaan dengan 14/12/2016, kelab SIG aku iaitu Imagine Cup ade program explorace. 



Banyak aktiviti yang mencabar minda. Ade game Hanoi Tower, cara berkomunikasi, cara berfikir dll. dan yang paling best, aku dapat kenal kawan baru yang langsung tak perasan kewujudan diorang sebelum ni. Padahal satu fakulti. 😅




**Da macam makcik da aku kat situ.hahaha..

Semalam pulak (isnin|19/12/2016), aku ada presentation subjek Human Comp Interaction. Group aku ada 5 orang yang berjaya hasilkan prototype Indoor Maps UKM.


#PerakKelantanSabahMelakaIndonesiaTeam

Sepanjang sem ni asyik jumpa muka diorang je untuk settlekan projek Indoor Maps UKM and semalam last bekerjasama dengan diorang. Kejap je masa berlalu.

Dan bile bergambar, memang aku la paling tak duduk diam sebab susah nak bergambar formal..haha😜






Selesai presentation semalam, maka berakhirla  segala assignments, kerja, presentations untuk sem ni. Sekarang nak kena fokus final exam pulak. Wish me luck!



Sunday, 18 December 2016

Terubat Rindu.

 [Jumaat|16/12/2016|9:31pm|kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. Percaya tak yang aku sekarang da start minggu study week? That's why baru sekarang aku dapat jenguk kejap blog setelah beban 1000kg yang aku galas sebelum ni iaitu test, assignments, presentations dll dah pun berakhir. Akhirnyaaaaa tunggu final exam je! Je? macam senang je final exam tu..haha

Okay, sekarang ni  taknak makin stress cerita benda yang stress! haha. Minggu lepas 10/12/2016, Mama, Abah dan Atok datang Selangor sebab kenduri kahwin sedara aku. I'm so excited!! Bayangkan da lebih sebulan tak jumpa mereka.


Waktu aku tunggu dekat Subang Airport, Alang pun send gambar diorang semua dekat airport Kelantan and and and aku lagi laaa teruja tunggu ketibaan Mama, Abah dan Atok. Sanggup tunggu 3 jam dekat airport. hehee..

Pukul 3PM, diorang tiba dan kitorang terus naik teksi menuju ke hotel di Shah Alam. Dalam teksi tu aku diapit Mama Abah di belakang. Feel like I'm the most manja baby girl in the world. hehee..

Malam tu we had a dinner together. (kenduri kahwin)


Sweet tak? Memang ni la rupe anak manja. Berkepit je 24jam. Tidur pun berkepit. Jalan pun berkepit. huhuhu.. Sampaikan aku nak turun kejap beli barang yang Abah nak dekat supermarket bawah hotel pun Mama tak kasi. Aku pelik Mama tak kasi. Alasan Mama takut kena culik and I was like 😲😲😲

Maaaaa.. da umur 22 tahun pun takut kene culik? Angah umur 22 tahun da kahwin!! hahahahaa... Lastly pimpin tangan turun dengan Abah 😝

Okayla, here's some photos dekat majlis haritu...




**Mok, Ayah, Atok..













**Cousin.. 

Ohya, thanks Mama bagi kain beli dekat Sarawak baru-baru ni. A gift sebab tak bawak anak manja and thanks Angah bagi tudung yang adikmu takkan mampu beli sendiri 😂




Dahhh rindduuu Mama Abah... Nak exam ni makin rinduuu..


Byee..

Sunday, 4 December 2016

Hantu Lipstick.

[Ahad|04/12/2016|4:54pm|Kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum..

Bosan sebenarnya bila roommate balik hujung minggu. Aku mula tak tahu nak buat apa. hehe.. Kesudahanya, blog jugak yang aku cari walaupun final exam tak sampai sebulan lagi. Tapi patutkah aku study sekarang?? malaaasssss...

Actually waktu aku siap-siap nak pegi cafe beli makanan tengahari tadi, aku baru perasan yang lipstick aku makin bertambah! (ke cafe pon nak cantik-cantik jugek..hehe). Tak make up tu bukan Alaaniah la namenye. 

Kalau tanye bestie aku dekat Poli dulu, diorang mesti ingat trademark aku, 'Selangkah keluar bilik, wajib make up'. Be confident. Bukan niat nak mengorat tapi untuk puaskan hati sendiri. Tapi kesudahnye, make up ke tak make up ke, same jugak tak cantik si Alaaniah ni. hahaha..


Bila Alaaniah nak bertaubat pun tak tahu la. Macam mane nak 'pencen' dari semua ni kalau kadang-kadang Mama pun support hobi aku yang 'mulia' ni. hahahaa..

 Still counting..hahahaa..✨


Short Vacay at Perak

 [Ahad|04/12/2016|3:41PM|Kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. Hello December! Bulan yang paling aku menanti untuk menambahkan lagi angka usia aku. hehe. 

Aku ni da macam traveller la pulak. Kejap short vacay sana, kejap sini. haha. Tapi tak sesuai sebenarnya title 'Short Vacay at Perak' sebab Perak ni da macam rumah kedua aku lepas Kelantan. Ye la, hampir setahun menyewa dekat sana and yeah, I was there again for a couple days.

Ahad lepas 27/11/2016, aku ke rumah Kastie a.k.a rumah sewa aku dulu. Yeayy!! Sampai je sana, aku di-surprise-kan dengan masakan Mama Kastie yang sangat best iaitu Laksa Kedah! Lagi surprise, Kastie ajak jiran sebelah join makan!



Da macam parti harijadi je. Actually jiran sebelah rumah ni budak Politeknik Ungku Omar. Tak payah terkejutla kalau Kastie kawan dengan diorang. Jiran Cina pun rapat dengan Kastie si budak banyak cakap. hahaha.

Lepas makan, aku, Kastie & Mama Kastie siap-siap untuk jejalan.



Kitorang berempat (termasuk Pingu) mulakan perjalanan ke Meru. Awkward nya first time jadi driver dekat Perak. huhuhu.. Kebetulan pulak haritu hari last untuk Mood Republik di Casuarina Meru.





Sebelum masuk ke Mood Republik, kitorang kena daftar baru boleh window shopping.

Ape yang best bila pergi hari terakhir di Mood Republik, banyak barang lelong yang diorang jual. Maka aku terjebak beli eyeliner,eyebrow,lipstick yang selama ni satu RM15, RM20, RM10, tapi haritu dapat 4 barang RM10! Arrgghh...harga tak masuk akal..

Haritu jugak ade artis Didi Alias (lupa mintak gambar dengan Kastie) yang buat promosi perfume then dia lempar berpuluh perfume percuma dekat pengunjung yang datang. Aku, Kastie dan Mama Kastie tak terkecuali berebut perfume. 

Di mana ade benda free, disitula ade muka Alaaniah. hahahaa.. Orang lain semua tunggu sambut, tapi aku tak. Aku duduk bercangkung tunggu perfume jatuh. Dan cara aku tu sangat berkesan sebab dapat 6 perfume free..hewhewheww..Aku la pakar berebut benda free..😜

Tips daripada Alaaniah, nak dapatkan sesuatu kejayaan, janganla mendongak, mendabik dada, tapi harusla menunduk, merendah diri. 😝



Setelah dua jam di sana, kitorang pun menuju ke Mydin Meru.



Menjelang malam (ayat skema..haha), kitorang menuju ke Greentown sebab dekat sana ada Festival Thai tak silap. Pun hari terakhir tak silap festival tu berlangsung. (Banyak yang tak silap dri silap..haha)



 Jejalan sana, terjumpa kawan lama aku dan Kastie. Kitorang kenal Aleeya ni dekat Politeknik Seberang Perai waktu ambil Kursus Android.

Pukul 11Malam, baru reti balik rumah. hahaa.. 

Keesokan harinye pulak (aku da takde kelas hari Isnin...), kitorang gerak ke Kellie Castle.







Makin cantik dekat luar kawasan Kellie Castle since tahun 2017 adalah tahun melawat Perak. Harga tiket masuk RM5 per person dan untuk warga emas dapat harga RM4 per person.

Teringat pula waktu kursus di Perak awal tahun. Kitorang da pernah ke sana.






Tapi kali ni, kitorang bawa Mama Kastie kenal-kenal dengan Kellie Castle (da macam nak buat kawan..haha)








Mataku sepet everywhere. haha. Panas giler kawasan Kellie Castle waktu tu sampaikan mata aku tak mampu nak celik bila selfie..haha..

Sebelum ke destinasi lain, kitorang rehat minum jap.



Dah alang-alang berada di Batu Gajah, aku pun bawak mereka ke Aeon Station 18 area Pengkalan..


Sampai je sana, ternampak Henna Art dan aku tak mampu tengok jer..




Maka lebur la RM7 aku untuk henna ni. 

Teringat dulu pun aku pernah buat henna di KTM Ipoh.


Tapi yang ni RM5 jer. Maybe sewa tapak dalam Mall mahal, so that harga pun naik la sikit. huhu..

Habis round Aeon S18, kitorang terus ke Nasi Ganja. My fav ever. Dulu tak suka, sekarang rindu. haha. Itu lahh, jangan benci, lama-lama sayang. Da ketagih nasi ganja.


MakanMakanMakan....

Siap makan, kitorang ke Plan b. Nak cari aiskrim potong tapi kedai tutup..wewewewewe.. sabo je la..


And before leaving a Silver country...............



I got 4 pink roses..Yeaayyy..

Lepas semua senarai jejalan da complete, aku pun mengundur diri...


 Byebye Kastie and Mama Kastie. Part yang tak kan aku lupa, Kastie dan Mama Kastie nangis bila aku nak balik. Da macam tu last aku ke sana. Macam takkan pergi sana dah. hahaha. lawaklaa.. and now I know, perangai nangis Kastie tu datang dari mana..hahahaa..tteettt.. Da nama pun rumah kedua, confirm la nanti aku pergi sana lagi.

Till we meet again...