Silent Readers

Sunday, 19 February 2017

My New Baby Phone

[Ahad | 19/02/2017 | 11:04PM | kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum..

Cuti sem haritu my baby, Huawei Honor 3X G750 tetiba 'jatuh sakit' and bila dia sakit, aku lagi la sakit sebab aku sayang gila dia. Hampir 3 tahun lebih aku guna dan aku tak pernah mintak dia sakit 😓😓😓 

Dia tetiba jadi hang pastu apps banyak tak boleh bukak. bila bukak je terus keluar balik ke Home.. Mulanya bila bukak Facebook jadi macam tu. Tu aku boleh accept lagi la since aku tak de la addicted sangat dengan FB but then bila benda tu terjadi pulak dekat Instagram, itu yang aku takboleh terima.. Bayangkan 3,4 hari without IG !!!! Tapi pasrah je la.. Aku bukak FB, IG and Twitter guna lappy. Dalam hati aku, takpe la takboleh bukak semua tu janji WhatsApp boleh sebab aku banyak group kelas, biro, and kelab. so tak boleh missed semua tu... dan lagi satu, asalkan boleh gayut!!😜




**sumber gambar Google.

For me, Huawei Honor 3X G750 dah cukuperfect untuk aku walaupun sekadar support 3G (takde LTE). tapi ia banyak sangat berjasa untuk aku... 3 tahun lebih kot. dahla guna duit kerja... dari zaman politeknik, pastu kursus dekat Politeknik Seberang Perai sebulan, pastu kehidupan dekat Ipoh dekat setahun ++ masuk UKM satu sem! banyak betul dia lalui pahit manis dengan aku..

Sampaila satu saat tu, bila tengah gayut tetiba terpadam!! **berasap aku dibuatnye**, WhatsAppun dah start problem...

Aku perasan la sejak aku da tak jage dia, aku da mula guna time charging, tak tunggu charge penuh da tutup suis, biarkan charging lama gilaaaa dll start situ dia jadi problem..

Aku pun saje gitau Mama and and tak sangka bangun pagi esok, Abah cakap nak duit tak beli phone baru..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... Aku da lame ade simpan angan-angan nak beli phone yang aku minat gileeeeee.. dari awal keluarannye lagi aku start usssyyaaa... Tapi memang tak mungkinlaaa aku mintak dengan Abah sebab memang mahal nak mati (bagi aku laaa)..

But then tetibe ade orang sponsor sikit..ngeee ngeee.. maka........... pada hari Jumaat, hari yang penuh barokah..hehehe.. 27 Januari 2017..pukul 2:30 pm, terbanglaaa duit dan datangla Huawei P9😛😛😜😜😝😝



**gambar sumber Google..

Alhamdulillah.. Ya Allah.. seriously aku sampai nangis bila duduk sesorang dalam bilik then pegang P9.. macam tak percaya impian jadi kenyataan.. aku dulu selalu sebut jeee nak nak nak nak.. siap cakap lagi hantaran kahwin nak P9.. sanggup nak kahwin awal sebab nak P9..hahahaaha

But then, tak payah kahwin lagi da dapat.yeaaayy meee.. alhamdulillah... **nangis lagi..sampai sekarang tak caye**

Aku suka gile sebab camera P9 ni ala-ala camera DSLR. dulu aku minat camera DSLR tapi takmampu nak beli lagipun rase membazir je kalau beli.. satu kerja nak angkut benda besar gajah tu.. tapi P9 ni sangatSANGATsangat perfect!!!!!!!

akan aku jage elok-elok insyaAllah..

Yang tak boleh terima, saat aku beli P9, haritu jugak Honor 3X aku da tak boleh on langsung...hhhmmmm..


Thursday, 16 February 2017

Dapat Anak Buah Baru!

 [Khamis|16/2/17|11:04pm|kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum.. Malam ni sunyi sikit since roommate balik rumah sebab esok takde aktiviti. Kalau ade die, ade jugak orang nak menyembang. So, malam ni aku bebel dalam blog je la..hehe..

Alhamdulillah, 02/02/2017 bersamaan hari Khamis 2 minggu lepas, Along selamat melahirkan baby girl. Hilma Halisa. But then entri ni langsung takde gambar baby okay sebab gambar baby bawah umur 44 hari tak boleh dipamerkan..hehehe..

pada tarikh bersejarah tu, aku, Mama dan Abah fly ke Kuching, Sarawak.


 Sampai ke dekat Kuching, kitorang disambut oleh Abe Zul, abang ipar aku. kitorang berempat terus ke taska Huda. Anak sulung Along merangkap anak buah pertama aku. Sebenarnya Huda dah darjah 1 but then Along dan Abe Zul decided tumpang taska lama Huda sebelum diorang ke hospital untuk bersalin. Means, Huda memang tak tahu la pada tarikh tu, adik dia akan dilahirkan..hehe

Sampai je taska, terkejut gile Huda tengok aku, Mama dan Abah jemput dia sekali. Dia pun tak tahu kedatangan kitorang kat sane.hahaha...Then, kitorang terus ke Kuching Specialist Hospital.. Baby Hilma Halisa selamat dilahirkan pada pukul 02:03pm tapi aku, Mama dan Abah sampi Airport Kuching pun da pukul 05:00pm.

Aku habiskan baki sem break aku di Kuching. It was really fun and enjoy. Aku ambil alih jaga Huda sepanjang di rumah Along. Melayan kerenah Huda kadang-kadang memeingkan but then berakhir dengan gelak je dengan gelagat dia..hehehe

Huda Liyana ni hampir 99% ikut perangai aku...


Over bila bergambar..hahaha



Suka mandi kolam.

3 hari lepas kedatangan kitorang di sana, Abe Zul bawak aku, Abah dan Huda mandi kolam dekat Setapak tak silap aku. sangat best!!! kolam luas gilaaaaa... Abah pulak menyesal tak bawak baju lebih. Dia ingatkan kolam budak2.. Bayangkan Abah pun tertarik nak mandi.. Mulanya aku mandi bertiga je. Aku jaga Huda bahagian cetek while Abe Zul dekat tengah-tengah antara kawasan cetek dan dalam. Sekali Abah terjun kawasan paling dalam!!! terkejut aku dan Abe Zul. Risau takut cramp ke lemas ke.. Sekali, kalah perenang Malaysia kalau bertanding dengan Abah..hahahahaha.. Kagum gila sebab first time tengok walaupun aku memang tahu Abah memang terror berenang. Tapi itu zaman muda la. Lagipun kampung aku belah Abah dulu pun dekat pulau. 

~!@#$%^&*()_+ 


Ingat lagi haritu, baby terpaksa warded sebab kuning then Abah kena hantar Huda ke sekolah sebab Abe Zul dan Along di hospital. Nak tergelak aku tengok Abah & Mama uruskan cucu sulung dia ke sekolah. Maklumlah da lame gile tak uruskan anak ke sekolah. Aku pun da 23tahun.

Tengok gaya Abah Mama da macam first time nak uruskan anak ke sekolah..hahaha.. Abah kalut siapkan bekal air milo.. Mama kalut mandikan Huda, pakaikan baju sekolah, tudung semua.. pastu Abah pakaikan kasut..hahahahaa..


Rutin nenek setiap pagi. kejutkan Huda ke sekolah. siapkan Huda dalam keadaan Huda tengah tidur..hahahaaha



Main congkak dengan Huda pun buat aku tergelak besar. Asyik aku je menang sampai Huda menangis. Lastly aku buat-buat kalah je kasi chance dekat Huda..hahahaha


Tengokla tu, dia pun make up. Sayang la dia dekat Ucunya sebab manjakan dia sangat...






**Waktu ni Huda just nak teman aku gunting rambut sekali dia pun nak jugak. punya la Along cakap sebelum ni kemain susah nak gunting rambut tapi tengok Ucunya gunting, dengan senang hati offer diri nak gunting jugak..hihih..

~!@#$%^&*()_+

Hari Sabtu lepas bersamaan dengan 11/02/2017, Abe Zul bawak aku, Abah dan Huda ke VH Nature Park, Matang, Sarawak. Dekat sana tu Huda panggil Mini Zoo...




**tak tahu kenapa gambar banyak yang kemek2 lepas upload dalam ni..sabo jolaaa**








Lepas tu kitorang ke Perpustakaan Sarawak. Abe Zul cakap library Sarawak antara library yang terbesar di Malaysia. Bila sampai sana, memang besar!! Orang datang bukan takat nak study, tapi boleh jogging sebab laman luas gila.. pastu paling best bagi makan beribu-ribu ikan dalam tasik..

Kitorang ke sana pun just nak bagi ikan makan..



Satu peristiwa yang tak dapat dilupakan... waktu bagi ikan makan, Abah still dekat surau. Aku, Abe Zul dan Huda je ade dekat tasik. Aku duduk atas tangga tu dengan Huda while Abe Zul berdiri. Tetiba Huda yang terlebih excited tu bangun then tunduk nak bagi ikan makan, sekali tergelincir. Bayangkan tasik tu dalam giler!!! Aku waktu tu tak tahu tenaga mana datang, terus tarik ketiak Huda nak ke atas. Waktu tu Huda baru tergelincir masuk kaki.. Nasib baik la tenaga kuat aku datang..hahaahahaha..

Esoknya pulak, Abe Zul bawak aku, Mama dan Huda ke Pasar Serikin, Bau, Sarawak.. Kali ni Abah pulak jaga Along dan baby dekat rumah. perjalanan dari rumah ambil masa 2 jam. Dekat sana memang syurga shopping sebab murah gilerr. Banyak barang daripada Indonesia jugak sebab tempat tu sempadan Indonesia.






Mama kalau singgah satu kedai tu memang hampir sejam sampai Huda da merengek. Aku pun bawak Huda jalan ke depan tapi perjalanan tu banyak cabaran since semua mainan Huda nak..hahahaahaa... Bukan masalah taknak beli tapi mostly mainan tu akan membazir je sebab mainan Huda dekat rumah pun dah banyak. 

Pasar tu panjang sangat memang naik lenguh jalan. Ikutkan ni kali ketiga aku pergi sana. Kalau dulu boleh jalan dengan Alang tapi Alang da kahwin 😢😢😢 (ayat tak boleh move on lagi..hahaha) Huda pun da naik lenguh dan merengek nak berehat. Alang-alang Huda nak rehat, aku patah balik hantar Huda dekat Mama then jalan sorang-sorang sampai ke hujung..hahahaahah.. Tak akan puas hati kalau tak jalan sampai hujung..

Taktik membeli di sana tu aku ikut jejak Mama. Mula-mula tanya harga. Then mintak kurang. Bila penjual tu cakap tak boleh, buat-buat nak keluar dari kedai tu. pastu automatik penjual tu akan panggil kita balik untuk kasi harga yang kita mintak..hahahaaa..

Aku takde la mintak less melebih tapi Mama memang power!!! Harga beg tu RM70. penjual tu kasi less jadi RM65. Mama pun mintak RM40 (banyak gile penurunan tu..hahahaa).. pastu penjual tu ofcoz la terkejut then tak bagi. Mama pun keluar dari kedai tu.. Tetibe penjual tu cari Mama balik then kasi harga RM40. Gila kan???? benda murah je tapi dia letak kemain mahal..Tapi beg tu jela dapat harga serendah tu. baju semua kitorang tak dapat harga terlampau gila-gila..

Lepas tu kitorang ke Gua Angin...




Sejuk gile gua ni...

Itu last destination yang aku pergi sebab keesokkan harinya aku da kena balik Selangor sebab sem break da pun habis... Maka tinggalah Abah dan Mama je dekat Sarawak. Diorang akan bawak balik baby, Along dan Huda soon...


Rindu Huda gile!! Hari-hari merajuk dengan Huda tetiba dah berjauhan.. Ingat lagi waktu diorang nak hantar aku dekat airport, Abe Zul dan Huda baru sampai sebab Huda baru habis waktu sekolah.. Huda berlari dapatkan aku then bagi 3batang aiskrim untuk bekalan aku dalam flight. Aiskrim yang aku minta hari-hari setiap kali Huda balik sekolah..wwwaaaa..sedihhh nak nangiisssss... Tapi aku terpaksa makan satu je sebab mane boleh makan aiskrim dalam flight..hhhhmmmm...

Huda peluk aku tak nak lepas saat aku da nak naik flight...😰😰😰

Wednesday, 15 February 2017

Bermulanya Sem2/Year2

 [Rabu|15/02/2017|10:18pm|kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum... Alhamdulillah result sem lepas dah pun keluar and the result was not too bad dan jugak bukan la sampai dapat dekan tapi it was so-so. Bagi aku agak terlebih daripada target aku sendiri. Alhamdulillah.

So, start sem baru ni mesti semua pelajar including me akan ada azam baru,kan... Untuk sem kali ni, azam aku :

1. Harap tak beli lipstick dah. Guna 14 batang yang dah ada tu!!!
2. Makan berpada-pada (tapi harini pun habis RM20 untuk makan sahaja.. apakah??!!)

Hahaahaha.. Still takde azam pasal belajar. Its all about duit!! hahaha... Aku cuti sem haritu Abah tegur aku makin gemuk and I was soooo stress sebab pendapat lelaki selalunya jujur.. **mati**.. Kononnye la masuk sem ni nak kuruskan badan. Nak banyakkan berjalan tapi tadi pun naik bas balik kolej! Malas nak jalan..hhaahaa

Minggu ni tak start kelas lagi sebab fakulti aku adakan program Jalinan Mesra which is about Bina Masa, Kaunseling, dunia pekerjaan dll... Aku suka sebab lepas dapat taklimat, aku dapat banyak knowledge...




Alhamdulillah masih berlima dann bila ada program ni, dapat la aku kenal kawan-kawan baru lagi...

Bila daftar subjek untuk sem ni, I feel likeeeee want to die!! sebab tengok nama subjek pun dah nak terberak sebab susah apatah lagi nak hadap nanti... **mati**

I'll try my best untuk sem ni...insyaAllah.. Aku nak kerja bagus-bagus sebab nak penuhi impian Abah yang pernah aku terdengar dahulu and bring along my queen,Mama..InsyaAllah...One day, it will become true..aamiin..

p/s : baru ingat nak buat blog marathon malam ni tapi line internet merajuk dengan aku...hahaha..