Silent Readers

Thursday, 23 March 2017

Akikah Baby H

 [Jumaat | 24/03/2017 | 2:20PM | Kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. percaya ke tak, harini Alaaniah breakfast dengan kuaci je sebab malas nak pergi cafe? Aiyoyoyo.. Sebab da penat dari Isnin hingga ke Khamis kena bangun siap2 pergi kelas. Jumaat ni da start mereput dalam bilik.

Okayla, nak ambik mood pergi cafe, aku nak bebel jap. Minggu lepas, khamis malam (16/03/2017), aku gerak balik ke Kota Bharu sebab pagi Jumaat (17/03/2017) ade majlis Akikah Baby Hilma Halisa yakni anak buah aku yang keempat. Da tua aku ni. Bila la turn majlis Akikah baby N pulak. hahahahaha..teeettt..

Setelah 9 jam dalam bas, pukul 6AM pada hari Jumaat tu, aku sampai. Sampai je di rumah, tengok Along da start prepare makanan untuk dihidangkan. 


Mulanya, aku ingatkan majlis ni simple je ++ tak ramai orang. Sekali tengok menu makanan terlalu banyak. Ada roti cicah ayam gulai dan daging gulai, roti canai, satay dan nasi impitpulut kuning dll.

Majlis berlangsung jam 9AM sebab tunggu Abe Zul merangkap abang ipar aku yang terbang jauh dari Sarawak sampai.




Okay, okay.. Tak boleh tunjuk selfie melebih nanti kena marah. Majlis Akikah sibuk dengan selfie je..hahaha








Terkejut aku ramai sangat yang datang. Sampai padat dalam rumah. Ini baru lelaki. Yang perempuan ramai dekat ruang keluarga. Da macam hari raya. paling teruja bila start je menjamu selera, kitorang kena sentiasa alert nak tambah makanan yang berkurang sebab tak sampai 5,6 minit, makanan berkurang. Nak kena tambah selalu.

Kerja aku dengan Alang dan Abe Hanif (suami Alang) adalah menyelit dicelah-celah orang ramai untuk menambah makanan..ahaha.. penat baru balik kematu dalam bas 9 jam tak habis lagi terus sambung buat kerja tu membuatkan aku lebur dalam bilik pukul 11AM. Walaupun ramai yang tak balik lagi waktu tu, tapi aku da tak mampu..haha





Lepas semua beransur beredar, aku, Alang dan Huda keluar jalan-jalan sebab Huda cakap Alang da janji kalau aku balik nanti, dia akan bawak Huda jalan-jalan..hahahaha.. Kot ye pun nak janji kenapa libatkan aku yang penat ni??? Kita layankan aje..

 
dan seperti biase, aku dan Alang suka buli Huda. Tak buli sehari tak sah. Tak bagi nangis sehari tak sah. :P


Malam tu pulak melayan budak-budak main. Riuh satu rumah.. 


Monday, 13 March 2017

Happy Birthday, Sya.

 [Isnin | 13/03/2017 | 10:02pm | Kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum... Kalau Sya bace ni, Alaa nak mintak ampun sebab terpaksa buat karangan berpandu ni awal 2 jam sebab esok kelas, kena tidur awal..hahahaha.. Tapi entri ini akan di-publish-kan tepat jam 12AM. :)

Happy birthday Sya. Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia selamanya dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T.


**Gambar Sem 1. Iklan milo..hahaha

To be honest, Alaa bersyukur sangat dapat kenal Sya dengan lebih mendalam..hahaha.. Bukan sedalam-dalam kain.. Tapi sedalam hati..cewaahhh..hahaha.. Ade hikmah perkenalan kite dilanjutkan sampai ke negeri Perak.. (ayat skema lak..hehe).. 

Dulu waktu belajar 3 tahun and and sekelas sekali, tapi kita tak serapat lepas sambung 'belajar' di Perak. 'belajar' ditekankan tu sebab bukan pergi belajar pun hahahaa.. Eh jap.. belajar jugak. belajar ponteng kelas, belajar benda yang tak sepatutnya belajar..hahaha..



Sya banyak sangat bagi nasihat dekat Alaa tapi satu nasihat yang takkan Alaa lupa and setiap kali buat sesuatu, mesti Alaa fikir ayat Sya dulu....... Sya ingat tak?? hahaah.. Sya pesan, "Nak buat sesuatu tu, kena dengan cara berilmu.. Orang buat macam mana pun dekat kita, kita kena balas dengan cara berilmu". Ayat ni takkan pernah lupa sebab ia buatkan Alaa fikir secara matang sebelum buat sesuatu..hahaha..Matang la sangat.. Tapi matang la kot...hahaahaa..


Alaa harap Sya akan terus kekal dengan **** hingga ke Jannah.. Alaa orang first akan happy kalau Sya and yours kahwin nanti..hihihi..aamiin..




Thanks Sya sebab selalu bagi nasihat. Alaa mintak maaf seandainye selame ni Sya ade terasa dengan Alaa.. Ofcoz la ade kan..hahaha.. Fakta mengatakan, kawan yang baik adalah kawan yang ade seketika mereka bergaduh dan terasa. Tak normal kalau tak de semua tu..

Dahla Sya, nak sweet2 lagi tunggu Alaa wish okay. Sweet2 tak boleh tunjuk dekat orang nanti semut datang gigit..aiyoyo..hahaha.. Takut pulak terlebih sweet jadi tak ikhlas sebab terlampau menunjuk..hehe..Ikhlasnya sebuah persahabatan apabila tidak terlalu dipamerkan dengan kata-kata tetapi ditunjukkan dengan perbuatan.

Last but not least, HAPPY BIRTHDAY TO YOU..

Saturday, 11 March 2017

Happy Birthday, Ida.

 [Ahad | 12/03/2017 | 12:09AM | Kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum...

Sumpah Alaa rindu Ida. Da hampir setahun kita tak jumpa tapi Alaa tak akan pernah lupa keikhlasan Ida berkawan dengan Alaa. Tak ramai kawan yang akan selalu dengan kita tapi Ida selalu ada dengan Alaa.

Waktu mula-mula melangkah ke negeri Perak, Alaa takut nak harungi beberapa bulan disana. Tambah pulak jauh dengan famili. But then when I have you, I feel like my family is just nearby me. Bagi Alaa, Ida adalah 1 dalam seribu.  


Layan kerenah Alaa. Jadi nurse bila Alaa sakit. Jadi kakak bila Alaa nakal. Jadi ibu bila Alaa nak bermanja. Jadi sahabat bila Alaa buat silap. Jadi adik bila hari-hari rampas fon Alaa sebab nak main games. hehehe.. **nangis**

Happy birthday, sayangku Ida. Harap harini hari yang bermakna bagi Ida. I wish I can celebrate your day with you. Walaupun jauh kita sekarang, Alaa akan selalu ingat Ida and and berdoa agar satu hari nanti, kita akan jumpa lagi. 


Takkan semua orang faham Alaa melainkan Ida. Semoga Allah permudahkan urusan Ida. Semoga Ida panjang umur dan dimurahkan rezeki. I love youuuuuu Ida busukkk..

p/s : gambar dengan Ida banyak hilangggggggg..pendrive masuk virus.. Tapi dalam hati Alaa takkan pernah terpadam memori kita bersama.. 

Friday, 3 March 2017

Rindu..

 [03/03/2017 | Jumaat | 10:22pm | kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum... Sekarang da minggu ke 3 aku masuk sem baru. Assignments da mula bersarang dalam otak aku..waaaaaaaaaaa.. Serabut... Rase malas nak fikir semua tu. Mood sekarang nak balik rumah je! Hari-hari call & video call pon still tak dapat lepaskan rindu 100% dekat Mama Abah..hhhmmmm...


2013


2017

Kalau la Doraemon itu wujud. Satu je aku nak mintak dengan dia. Pintu Suka Hati. Bukak pintu, nampak Mama Abah terus. Idea ni boleh diketengahkan untuk Engineer IT hahahaa.. Please ciptakan semua tu untuk pelajar yang homesick!!