Silent Readers

Thursday, 27 April 2017

Kalah dengan Anak-Anak.

 [Khamis | 27/04/17 | 9:31pm | kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. Minggu ni da masuk minggu ke 10 aku belajar untuk sem ni and I'm pretty sure that other coming weeks will be super busy to submit the assignmentsssss.. Sekarang ni pun da penat nak settle-kan. So, I need to take a break. Nak bebel jap. heehee

Entri kali ni aku nak citer pasal mid sem break haritu yang aku padatkan jadual as a driver. haha. Jadi driver Mama dan Along sebab aku perhati diorang da lame 'terkurung' dalam rumah since Along berpantang. Bila aku cuti haritu, kebetulan Along da habis pantang. Jadi, sebagai adik yang take care of her sister, I take that responsibilities. hahahaha. Bila Along berpantang means Mama pun 'berpantang' jugak la jaga baby and Along.

Tapi sebelum start jadi driver, Alang bawak aku shopping dulu. Bagi semangat untuk driver..hahaha.. Bila buat baik dengan si sulung, si tengah balas kebaikan. hihihi








 Jadi driver ni secara tak langsung aku memenuhi hampir semua impian anak buah aku, Huda sinca diorang da nak balik Sarawak. Huda patut bertuah tau dapat mak sedara macam aku... baik hati... Ade lagi ke mak sedara sebaik Ucu ni? :P



**Halisa dan Huda










**Reesha

Seminggu cuti tu aku habiskan masa dengan anak-anak buah aku je dan menyebabkan berat hati nak balik U. Kalau boleh nak angkut semua bawak balik. 

Susahnya jadi mak sedara sebaik aku ni, diorang suka berebut nakkan aku. sampai pening. Kadang-kadang diorang tak faham yang aku sayang sama-rata je. Ape yang diorang nampak, aku sayang orang yang tengah aku belai waktu tu. aiyoyoyo hahaa..


Sebelum aku balik U, Along belanja aku, Atok, Mama dan Huda makan.


Malam nak balik tu, dekat stesen bas, 9kali Huda nangis. hahaha (kira sebab bising..ahaha) Huda taknak aku balik U. Aku lagilaahhhh berat hatii..


Bila lambai, kemain lagi dia nangis... waaaaaaaaaaaaaaaaa... sampaikan aku pun nangis dalam bas.. kenapa Huda over sangat,nak. Janganla seksa Ucu...

Aku balik U pun dalam keadaan gelisah... jasad je ade tapi roh ade dekat Kelantan. Terbayang-bayang gelak ketawa diorang. Senyuman baby Halisa..aarrgghhh..

Maka, genap seminggu belajar, aku balik weekend! Tahanlahhh 10jam kematu dalam bas...




Kemain lagi suka diorang ni. Ucu sanggup tinggal kerja + discussion demi anak-anak Ucu tau...




**siap beli kek lagi kepulangan Ucu..hahahaa..



**My hero, Rizqy.

Tak banyak gambar Rizqy since diakan laki, bukan minat pun selfie..hahaha

Aku layan diorang cukup-cukup anddd the day before aku balik U, aku puaskan hati Huda. naik train sama-sama...




Siap buat perjanjian lagi dengan Huda. Ucu bawak naik train ni, jangan nangis dekat stesen bas..hahahaha.. dan janji tu memang berkesan... Nampak Huda tahan je nangis bila nak hantar aku naik bas. :P

Love them. Miss them.

Tuesday, 11 April 2017

Happy Birthday, Alang.

 [Selasa | 11/04/2017 | 2:40pm | kolej]

Assalamualaikum..

Maka tamatla sudah mid sem break seminggu..waaaaaaaaaaaa..Taknak balik UKM tapi sekarang pun da ade dekat UKM. sobs..

Birthday Alang 06/04/2017 yang lepas sangatla best sebab da lama tak buat surprise birthday party. Biasa kalau birthday kitorang pergi celebrate makan ramai-ramai dekat cafe / restoran. Tapi kali ni, Mama goreng bihun, keropok dll untuk hidangan petang Khamis yang lalu.

Sebenarnya dari hari sebelum birthday Alang lagi anak sedara aku, Huda, kalut nak celebrate. Nak beli kek la ape la dan yang paling lawak siap plan lagi susun atur parti tu. Aku layankan aje budak-budak nak membesarkan imaginasi dia tinggi..hahaha..

But then, malam birthday Alang tu tetiba Abe Hanif, abang ipar merangkap suami Alang, WhatsApp aku tanye pasal birthday Alang. Mulanya dia tanya Alang suka ape untuk hadiah sampailah dia cakap yang dia nak beli kek dan dia mintak kalau Mama free, tolong goreng bihun nak makan ramai-ramai. Barula aku terlintas, idea Huda nak buat surprise party tu boleh diketengahkan..ececehh..hehehee..

Aku sembang dengan Mama dan Along, Mama setuju sebab da lama tak buat semua tu dan Along pun setuju teman aku pergi beli belon dan tetiba Abe Hanif WhatsApp minta tolong aku belikan kek sebab dia busy. Aku, Along & Baby Halisa ke Aeon Mall pada pagi Khamis tu. (Jangan bagitahu Huda, nanti dia nangis. Aku tipu cakap dekat Huda semua tu Abe Hanif yang belikan sebab waktu tu Huda sekolah..hahahahaa)


Huda balik je dari sekolah, macam yang aku da agak, dia tanya sapa beli belon semua tu dan sebagai mak sedara yang da faham sangat perangai anak sedaranya terus bagitahu semua tu Ayah Nih (Abe Hanif) yang belikan. Kebetulan pulak aku sempat sampai rumah baru Huda sampai.hehehe..


Maka sesi hias diteruskan. Huda konon je lebih nak tiup belon. Sekali dia tiup 1 je belon 18 belon lagi aku yang kena tiup. hahahaa.. Simple aje. 

Tengah duk menghias, tetiba Alang WhatsApp aku suruh ambil dia dekat rumah mentua dia sebab dia cakap bosan takde sape dekat rumah tapi Abe Hanif tak bagi balik. Dahla ajak pergi pantai pun taknak..hahahaa.. Kononnya merajuk dengan suami sekali adik dia pun cakap busy. Hahahaa. Dia tak tahu kitorang sepakat buat-buat tak tahu.


Lilin da siap disusun hasil kreativiti Huda..hahahahaa. Jarang dibuat orang susun macam tu..


Baby Halisa pun da tak sabar..hehehee..

pukul 5pm, Abe Hanif whatsApp aku suruh siap sedia sebab diorang da nak sampai. Cepat-cepat aku suruh Abah nyalakan lilin tu dengan lighter memandangkan aku takut main lighter tu..ahhaaha.



Nampak je kereta Abe Hanif masuk dalam pagar, cepat-cepat kitorang tutup lampu. Aku pegang kek, Huda bakal tiup wisel birthday, Abah tunggu nak selawat, Along pegang kamera dan Mama tukang bukak lampu lepas Alang masuk. 

Bila Alang buka je pintu rumah, terus Huda tiup wisel dan Abah selawat. Terkejut Alang sebab tak sangka kitorang buat macam tu..hehee..



 Happy Birthday Alang sayang yang ke 27! Tahun birhtday pertama sambut dengan suami. Alhamdulillah sampai ke usia 27, Allah masih beri kesihatan dan kebahagiaan buat Alang. Sebagai adik, takde apa yang Achik inginkan melainkan dapat tengok kakak-kakak Achik bahagia disamping suami dan keluarga tercinta **lap air mata**.. 

It's just a simple surprise birthday party tapi Achik harap ia adalah yang paling bermakna buat Alang. Mungkin orang lain mampu celebrate lebih mewah dan besar-besaran tapi Achik yakin, besar ke kecil, mewah ke sederhana, ia tetap bermakna.














How time flies.. Dulu gaduh sana sini. Biru lebam sampai seminggu. Alang dari dulu memang pakar dalam bab sakitkan hati Achik dengan kata-kata berbisa Alang dan Achik tak mampu nak balas sebab tak pandai berkata-kata maka Achik guna kepakaran Achik mencubit Alang sampai biru di badan Alang sana sini..hahahahahaa..

Tapi bila bab karaoke boleh pecah speaker phone. Dulu mana mampu nak pergi karaoke. Hanya mampu record suara di phone. hahaha. Sumbang tu tak payah cakap la. Dulu jugak suka sangat call radio untuk buat ucapan guna telefon rumah. Banyak kali call, buat suara lain-lain. Buat ucapan lain-lain..hahahaah.. I'll never forget all our childhood memories. 

Kalau soal cinta pulak, masing-masing pakar. Ingat lagi Alang sampai call Achik waktu Achik di politeknik minta nasihat Achik soal cinta.hahahahahahaha.. pastu bila Achik frust menonggeng pulak, Achik mengadu dekat Alang. Ketuk pintu bilik Alang nangis-nangis sedih..hahahaa.. That's why kita berdua memang pakar bab cinta. hihihih..

Nak imbas kembali kenangan tu memang takkan habis. Along, Angah dan Alang adalah kakak yang paling the best in the world. Takkan ada sesiapa yang dapat merasa kakak yang mencurahkan kasih sayang secukupnya macam yang Achik rasa. I'm so lucky baby girl in the world. Alhamdulillah.