Silent Readers

Thursday, 27 April 2017

Kalah dengan Anak-Anak.

 [Khamis | 27/04/17 | 9:31pm | kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. Minggu ni da masuk minggu ke 10 aku belajar untuk sem ni and I'm pretty sure that other coming weeks will be super busy to submit the assignmentsssss.. Sekarang ni pun da penat nak settle-kan. So, I need to take a break. Nak bebel jap. heehee

Entri kali ni aku nak citer pasal mid sem break haritu yang aku padatkan jadual as a driver. haha. Jadi driver Mama dan Along sebab aku perhati diorang da lame 'terkurung' dalam rumah since Along berpantang. Bila aku cuti haritu, kebetulan Along da habis pantang. Jadi, sebagai adik yang take care of her sister, I take that responsibilities. hahahaha. Bila Along berpantang means Mama pun 'berpantang' jugak la jaga baby and Along.

Tapi sebelum start jadi driver, Alang bawak aku shopping dulu. Bagi semangat untuk driver..hahaha.. Bila buat baik dengan si sulung, si tengah balas kebaikan. hihihi








 Jadi driver ni secara tak langsung aku memenuhi hampir semua impian anak buah aku, Huda sinca diorang da nak balik Sarawak. Huda patut bertuah tau dapat mak sedara macam aku... baik hati... Ade lagi ke mak sedara sebaik Ucu ni? :P



**Halisa dan Huda










**Reesha

Seminggu cuti tu aku habiskan masa dengan anak-anak buah aku je dan menyebabkan berat hati nak balik U. Kalau boleh nak angkut semua bawak balik. 

Susahnya jadi mak sedara sebaik aku ni, diorang suka berebut nakkan aku. sampai pening. Kadang-kadang diorang tak faham yang aku sayang sama-rata je. Ape yang diorang nampak, aku sayang orang yang tengah aku belai waktu tu. aiyoyoyo hahaa..


Sebelum aku balik U, Along belanja aku, Atok, Mama dan Huda makan.


Malam nak balik tu, dekat stesen bas, 9kali Huda nangis. hahaha (kira sebab bising..ahaha) Huda taknak aku balik U. Aku lagilaahhhh berat hatii..


Bila lambai, kemain lagi dia nangis... waaaaaaaaaaaaaaaaa... sampaikan aku pun nangis dalam bas.. kenapa Huda over sangat,nak. Janganla seksa Ucu...

Aku balik U pun dalam keadaan gelisah... jasad je ade tapi roh ade dekat Kelantan. Terbayang-bayang gelak ketawa diorang. Senyuman baby Halisa..aarrgghhh..

Maka, genap seminggu belajar, aku balik weekend! Tahanlahhh 10jam kematu dalam bas...




Kemain lagi suka diorang ni. Ucu sanggup tinggal kerja + discussion demi anak-anak Ucu tau...




**siap beli kek lagi kepulangan Ucu..hahahaa..



**My hero, Rizqy.

Tak banyak gambar Rizqy since diakan laki, bukan minat pun selfie..hahaha

Aku layan diorang cukup-cukup anddd the day before aku balik U, aku puaskan hati Huda. naik train sama-sama...




Siap buat perjanjian lagi dengan Huda. Ucu bawak naik train ni, jangan nangis dekat stesen bas..hahahaha.. dan janji tu memang berkesan... Nampak Huda tahan je nangis bila nak hantar aku naik bas. :P

Love them. Miss them.

No comments:

Post a Comment