Silent Readers

Monday, 22 May 2017

Susunan Kehendak Zue.

 [Selasa | 23/05/2017 | 12:51pm | kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum.. ehhe melebih pulak sampai post 2 entri. Alang-alang da masuk blog..hhehe.. Semalam da pun settle poster presentation Wokplace Communication. Group aku untuk subjek ni ade 6 orang. Aku, Zue, Atika, Fazreen, Hafiz dan Radhi.


**While waiting for other's group**


Yang aku nak cerita dekat sini, lepas habis kelas tu, kitorang bergambar. Setiap kali tengok gambar-gambar tu mesti tergelak sorang-sorang sebab takde yang perfect. Hampir semua gambar Zue tengah bagi arahan kedudukan nak bergambar. hahahaa


Zue tengah silang tangan and maybe dia tengah fikir susunan..hahaha


Dah start bagi arahan suruh Atika berpindah..


Tengah tanya aku betul tak susunan tu..hahahaa


Berterabur balik.. hahahahaha


pening da kitorang bila Zue bagi arahan. Tak tahu susunan macam mana yang dia nak..hahahahaha.. Atika berlari untuk ambil tempat.


Sampai ade part gelak..ahahaha..

Aku rasa semua gambar dekat atas tu, si Radhi je posing tak habis2 dengan rambut rebonding nya tu.. Hahaa yang lain pening dengan Zue. 

dan dekat bawah ini la kedudukan yang Zue nak sebenarnyaa.. Finally ada satu yang jadi..hahahahaaha..


Done Penilaian LMCK.

 [Selasa | 23/05/2017 | Kolej]

Wiwit, 

Assalamualaikum... As I mentioned before, minggu ini adalah antara minggu yang climax bagi aku dan rakan-rakan since minggu ni da minggu ke-14.Minggu terakhir sebelum study week. Banyak presentations, submit assignments and projects.

So, harini aku da settle dinilai LMCK. Apa tu? Means, sepanjang aku join Imagine Cup Club semester ni, segala aktiviti yang aku lakukan, kena present dekat lecturer yang tak pernah mengajar aku sebelum ini one-by-one dalam bilik lecturer. Grrrr, dari semalam nervous overload but today all became smooth.. Alhamdulillah.

Antara aktiviti yang aku jalankan dalam Imagine Cup Club semester ini termasuklah, presentation about digital innovation by using Microsoft Technology. Means, kena fikir diluar kotak projek yang nak dibangunkan yang tak pernah wujud lagi. susahkan? nasib baik idea ini dikongsi dengan rommate aku.


Dahla kitorang kumpulan pertama yang kena bentangkan projek depan juri-juri. Soalan-soalan tu memang mencabar tapi alhamdulillah, semua da berjalan dengan lancar.


**perasan tak aku punya ayat kali ni skema..hahahhaa..**

~!@#$%^&*()_+

Lepas tu kitorang ada Aedes Buster gabungan bersama Persatuan Bulan Sabit Merah UKM. Kitorang diagihkan tugasan mengikut kumpulan untuk cek kawasan sekitar yang mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes dan gotong-royong.



**Lawak part. Beriya Hani tengok jentik-jentik dalam longkang tu..hahaaha




Sebab jarang nak jadi model sambilan dalam toilet..hahahahaah.. Dengan plastik sampah lagi.





Yeayyyy, done!!!!!!

Wednesday, 10 May 2017

Dinner Night Brings Roses

 [Rabu | 10 May 2017 | 04:10pm | kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. Hari ini cuti sebab Hari Wesak. So, dapatla aku bebel kejap dalam blog ni..hehe.

Isnin malam yang lepas bersamaan dengan 08May2017, kolej aku ada buat Malam Resepsi Gemilang Za'ba 2017 (MAGIZ'17) yang bertemakan Night Brings Roses. 💕💗💖 Malam yang aku da lama menanti. Dari awal sem lagi duk fefeeling sesorang sebab bertemakan Roses. I love Roses a lot.

Dan malam tu telah pun berlalu. 

Sebelum ke Dectar, Zue datang ke bilik aku. Nak suruh aku 'make up' kan dia. Sekali dia nak bedak and lipstick aje. hahaha. Eyebrow, eyeliner, eyeshadow semua taknak. Itu pun nasib baik aku sempat pakaikan foundation. Tengah nak pakaikan foundation pun dia sempat cakap "apa semua ni?" ahahahahahaa..


Taraaaaa.. Make up by me.. hahahahaa.. acah-acah MUA pulekkk..

Nak ke Dectar, pihak kolej ada sediakan 2 buah bas untuk 2 kali angkut. Tapi kitorang fikirkan balik,,, pelajar ada around 1000+++, nak naik bas  mesti crowded ++ cairla make up nanti. **eeii overnyaa..hahaha*. 

So, malam tu kitorang naik Jom Tumpang. Takpela lebur RM6, yang penting aku suka Jom Tumpang punya services. Buddies semua peramah & mesra. Bayangkanla, aku yang tak berapa peramah pun jadi cakap banyak. hehee..



Sampai je Dectar, aku dan Zue macam terpegun sebab dewan tu sangat-sangat-sangat cantik dihias dengan bunga rose dan tema hitam merah yang sangat elegan. 


Aku da start fefeeling princess. Lagak macam putera tengah ambilkan gambar aku padahal Zue yang jadi photographer..hahahaha..




Dan acah-acah feeling di taman bunga. Tengah berkejaran dengan sang putera..hahahahahaha..cecekk..

Nasib baik jugak datang awal, boleh fefeeling lebih. Lepas aku dan Zue bergambar, kitorang masuk dewan cari tempat duduk yang da di-booking sebulan yang lepas.

Dalam 10 minit lepas tu, Zati, Syera dan Shafiqa sampai. Kitorang pun ke lobby balik untuk bergambar. Aku jadi photographer untuk keempat-empat budak itu..hahaa.. 


Lepas tu, aku pun sambung berangan balik.hehehe.




Di saat sesetengah orang habiskan ratusan ringgit untuk persiapan dinner pada malam itu, aku hanya habiskan RM15 untuk tudung merah sahaja..hahaha..sebab  dress itu ku rembat Alang punya. Dasar kedekut. hikhikhik.. Menabungla untuk masa hadapan. Selagi boleh pinjam, pinjam je le. Itulah untungnya ade kakak yang prihatin. hikhikhik..


Dinner pada malam itu, kami disajikan dengan nasi briyani jagung lauk chicken chop black paper. so yummy.




 Dinner yang sangat meriah. Aku da rasa dekat malam anugerah bintang popular pun ada. Dengan lighting yang terbaik, pengacara-pengacara yang hampir setanding Nabil dan Neelofa. hehehe..


Dinner pada malam itu diadakan untuk mengimbau kembali program-program kolej yang dijalankan sepanjang tahun lepas dan tahun ini dan untuk bagi penghargaan kepada semua yang berjaya.

Around 11PM habis.




 Aku sangat-sangat berpuas hati dan 10 bintang untuk AJK yang menjayakan Dinner Night Brings Roses. 💖 Harap tahun depan ada Dinner Night Brings Love pulak. Boleh bawak Popo datang.. hehehehehehe..

😝😜😝😜

Thursday, 4 May 2017

Spend Time with Bestie.

 [Jumaat | 5/5/2017 | 12:56pm | kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. 2 or 3 minggu lepas, kawan baik aku, Fieza, ajak aku datang ke rumah sewa dia dekat Tanjung Malim minggu lepas since minggu lepas kan ada cuti 3 hari sempena Hari Buruh termasuk hari minggu. Roommate dia pulak balik kampung. Aku pulak memang setiap hari Jumaat takde kelas. Means 4 hari la aku cuti.

Mulanya aku berat nak cakap 'boleh' dekat Fieza sebab takut Mama Abah tak kasi pergi sana. Confirm la Mama Abah suruh balik Kelantan kalau aku bagi alasan cuti 4 hari.

But then, aku try je la sebab da lama teringin nak pergi jalan-jalan dengan Fieza di negeri orang. kitorang kan selalu lepak dekat Kelantan je. 3 hari sebelum tu, aku call Mama, buat-buat sembang benda lain bla bla bla.... Last sebelum habis, aku tanye Mama;

"Ma, buleh x nok gi umoh Fieza cuti ni...??"

"Pegi la. hati-hati.."

Mudahnya Ya Allah..hahahahaha.. punya la fikir ayat berminggu..hahaha.. Mama Abah tak pernah kisah sangat sebab diorang kenal Fieza macam mana. Dari kecil lagi main sama-sama dekat rumah, bila da besar sikit, pergi tuisyen sama-sama. Banyakla bersama-sama. Mama Abah pun kawan baik mak ayah Fieza.

Hari Jumaat (28/04/2017) sebelum aku gerak ke Tanjung Malim, Fieza ade post dekat FB dia : 



Aku nampak kakak-kakak dia like and ayah dia siap komen lagi gambar tu. Aku nampak jugak Angah, kakak kedua aku like. Tetiba Angah hantar whatsApp dekat aku minta nombor akaun bank. aku pelik la tetiba je Angah mintak. Rupanya, Angah cakap nak bagi duit belanja pergi Tanjung Malim... How swwweeeetttt..hehehehe.. Thank you Angah. Kakak-kakak aku yang lain pun siap pesan have fun dekat sana. sweetttt..

So, sesampai aku di sana Jumaat malam, Fieza terus bawak aku ke hari terbuka Kolej Zaba, UPSI. Best gila dekat sana sebab ade sales gila-gila. Blouse, palazo, makanan yang menggoda nafsu lemahku..hahaha..

Keesokan harinya, seawal 8AM lagi kitorang gerak ke Ipoh. sepanjang perjalanan tu sembang tak berhenti pun. Ade je topik mengarut..hhahaha.. Kitorang sampai Ipoh 9++AM. Time tu mall tak bukak lagi. Aku pun tunjuk jalan ke Padang Polo. Tempat yang dulunya jadi tempat lepak favourite aku. hehee..




Okay da mula da sesi acah-acah model..heheheehe..


Aku jugak paksa Fieza posing maut hahaa. Aku kenal sangat perangai Fieza yang tak suka bergambar. Dia cakap dia da lame tak selfie tapi bila dengan aku, banyak je selfie.hahaa.. bukan takat selfie,,




hehehee.. pandai tak aku jadi photographer... Kitorang tergelak-gelak je dekat sana. dengan Fieza malu lagi nak bergambar bila ade orang lalu-lalang area tu. Aku pulak cakap 'abaikan je diorang sebab diorang tak kenal kita' ahahaa. Kalau kenal pun, ape salahnya.


Lepas tu, kitorang ke Aeon Kinta City sebab tujuan utama kitorang nak karaoke. Fieza da selalu karaoke dekat sana sebab dia cakap murah dan berbaloi. Sesampai di sana, kitorang terus ke karaoke K-BOX dan ambil package Early Bird. RM26/seorang + 2 air percuma dari 10:30am sampai 3pm. rasa? lama gilaaaa..hahahaha.. 

Lama tak melalak dan lagi best dapat melalak dengan Fieza..ahahaha.. Tak boleh lupa saat tu sebab dua-dua jadi sewel..aiyoyoyo.. belum pun pukul 3pm, masing-masing da penat. Mana taknya, lama gila nyanyi tak henti. 2:30pm kitorang keluar. maka bazirlahh setengah jam..hahaha..

Lepas siap lepak makan semua, kitorang terus balik Tanjung Malim sebab ade yang da warning tak kasi balik lewat..heheeheh...

Hari Ahad pulak, kitorang jejalan area Tanjung Malim sementara tunggu kakak Fieza, Kak Ida (yang jugak kawan baik Alang, kakak aku), balik dari kerja and ambil kitorang jejalan.

Tengahari tu, Kak Ida dan suami datang jemput kitorang dan terus ke Rawang. Bestnyaaaa jejalan di sana. Lepas tu singgah ke Aeon Rawang..






Makan, borak, shopping ~!@#$%^&*()_+, kitorang gerak balik malam tu. Penat sangat dua tiga hari tu jalan-jalan je dan membuatkan plan nak pergi Tasik Proton City pagi Isnin tu cancel sebab katil tak bagi bangun..hahaha..

Then aku ingatkan memang takkan jadi la ke sana sebab ingatkan gerak balik Selangor awal..tup-tup sampai ke petang still tak balik lagi... Fieza pun terus bawak pergi Tasik Proton City..





Time ni da start sedih sebab aku da nak balik.. Sayang gile nak tinggalkan Fieza.. sobs *lap air mata*





Best sangat tasik ni. luas, cantik. Ramai orang datang beriadah.


**main kejar-kejar dengan Fieza..hahaha.. Takde kerja.. tak pernah nak matang. hahaah...

I miss you so much Fieza. Kawan baik yang tak pernah cemburu dengan aku, yang tak pernah cari gaduh dengan aku dan yang tak pernah tikam belakang aku. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah hadiahkan kawan baik macam Fieza. Membesar bersama. Harap ade mase nanti kita jumpa lagi okay. I love you.