Silent Readers

Wednesday, 10 May 2017

Dinner Night Brings Roses

 [Rabu | 10 May 2017 | 04:10pm | kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. Hari ini cuti sebab Hari Wesak. So, dapatla aku bebel kejap dalam blog ni..hehe.

Isnin malam yang lepas bersamaan dengan 08May2017, kolej aku ada buat Malam Resepsi Gemilang Za'ba 2017 (MAGIZ'17) yang bertemakan Night Brings Roses. 💕💗💖 Malam yang aku da lama menanti. Dari awal sem lagi duk fefeeling sesorang sebab bertemakan Roses. I love Roses a lot.

Dan malam tu telah pun berlalu. 

Sebelum ke Dectar, Zue datang ke bilik aku. Nak suruh aku 'make up' kan dia. Sekali dia nak bedak and lipstick aje. hahaha. Eyebrow, eyeliner, eyeshadow semua taknak. Itu pun nasib baik aku sempat pakaikan foundation. Tengah nak pakaikan foundation pun dia sempat cakap "apa semua ni?" ahahahahahaa..


Taraaaaa.. Make up by me.. hahahahaa.. acah-acah MUA pulekkk..

Nak ke Dectar, pihak kolej ada sediakan 2 buah bas untuk 2 kali angkut. Tapi kitorang fikirkan balik,,, pelajar ada around 1000+++, nak naik bas  mesti crowded ++ cairla make up nanti. **eeii overnyaa..hahaha*. 

So, malam tu kitorang naik Jom Tumpang. Takpela lebur RM6, yang penting aku suka Jom Tumpang punya services. Buddies semua peramah & mesra. Bayangkanla, aku yang tak berapa peramah pun jadi cakap banyak. hehee..



Sampai je Dectar, aku dan Zue macam terpegun sebab dewan tu sangat-sangat-sangat cantik dihias dengan bunga rose dan tema hitam merah yang sangat elegan. 


Aku da start fefeeling princess. Lagak macam putera tengah ambilkan gambar aku padahal Zue yang jadi photographer..hahahaha..




Dan acah-acah feeling di taman bunga. Tengah berkejaran dengan sang putera..hahahahahaha..cecekk..

Nasib baik jugak datang awal, boleh fefeeling lebih. Lepas aku dan Zue bergambar, kitorang masuk dewan cari tempat duduk yang da di-booking sebulan yang lepas.

Dalam 10 minit lepas tu, Zati, Syera dan Shafiqa sampai. Kitorang pun ke lobby balik untuk bergambar. Aku jadi photographer untuk keempat-empat budak itu..hahaa.. 


Lepas tu, aku pun sambung berangan balik.hehehe.




Di saat sesetengah orang habiskan ratusan ringgit untuk persiapan dinner pada malam itu, aku hanya habiskan RM15 untuk tudung merah sahaja..hahaha..sebab  dress itu ku rembat Alang punya. Dasar kedekut. hikhikhik.. Menabungla untuk masa hadapan. Selagi boleh pinjam, pinjam je le. Itulah untungnya ade kakak yang prihatin. hikhikhik..


Dinner pada malam itu, kami disajikan dengan nasi briyani jagung lauk chicken chop black paper. so yummy.




 Dinner yang sangat meriah. Aku da rasa dekat malam anugerah bintang popular pun ada. Dengan lighting yang terbaik, pengacara-pengacara yang hampir setanding Nabil dan Neelofa. hehehe..


Dinner pada malam itu diadakan untuk mengimbau kembali program-program kolej yang dijalankan sepanjang tahun lepas dan tahun ini dan untuk bagi penghargaan kepada semua yang berjaya.

Around 11PM habis.




 Aku sangat-sangat berpuas hati dan 10 bintang untuk AJK yang menjayakan Dinner Night Brings Roses. 💖 Harap tahun depan ada Dinner Night Brings Love pulak. Boleh bawak Popo datang.. hehehehehehe..

😝😜😝😜

No comments:

Post a Comment