Silent Readers

Thursday, 4 May 2017

Spend Time with Bestie.

 [Jumaat | 5/5/2017 | 12:56pm | kolej]

Wiwit,

Assalamualaikum. 2 or 3 minggu lepas, kawan baik aku, Fieza, ajak aku datang ke rumah sewa dia dekat Tanjung Malim minggu lepas since minggu lepas kan ada cuti 3 hari sempena Hari Buruh termasuk hari minggu. Roommate dia pulak balik kampung. Aku pulak memang setiap hari Jumaat takde kelas. Means 4 hari la aku cuti.

Mulanya aku berat nak cakap 'boleh' dekat Fieza sebab takut Mama Abah tak kasi pergi sana. Confirm la Mama Abah suruh balik Kelantan kalau aku bagi alasan cuti 4 hari.

But then, aku try je la sebab da lama teringin nak pergi jalan-jalan dengan Fieza di negeri orang. kitorang kan selalu lepak dekat Kelantan je. 3 hari sebelum tu, aku call Mama, buat-buat sembang benda lain bla bla bla.... Last sebelum habis, aku tanye Mama;

"Ma, buleh x nok gi umoh Fieza cuti ni...??"

"Pegi la. hati-hati.."

Mudahnya Ya Allah..hahahahaha.. punya la fikir ayat berminggu..hahaha.. Mama Abah tak pernah kisah sangat sebab diorang kenal Fieza macam mana. Dari kecil lagi main sama-sama dekat rumah, bila da besar sikit, pergi tuisyen sama-sama. Banyakla bersama-sama. Mama Abah pun kawan baik mak ayah Fieza.

Hari Jumaat (28/04/2017) sebelum aku gerak ke Tanjung Malim, Fieza ade post dekat FB dia : 



Aku nampak kakak-kakak dia like and ayah dia siap komen lagi gambar tu. Aku nampak jugak Angah, kakak kedua aku like. Tetiba Angah hantar whatsApp dekat aku minta nombor akaun bank. aku pelik la tetiba je Angah mintak. Rupanya, Angah cakap nak bagi duit belanja pergi Tanjung Malim... How swwweeeetttt..hehehehe.. Thank you Angah. Kakak-kakak aku yang lain pun siap pesan have fun dekat sana. sweetttt..

So, sesampai aku di sana Jumaat malam, Fieza terus bawak aku ke hari terbuka Kolej Zaba, UPSI. Best gila dekat sana sebab ade sales gila-gila. Blouse, palazo, makanan yang menggoda nafsu lemahku..hahaha..

Keesokan harinya, seawal 8AM lagi kitorang gerak ke Ipoh. sepanjang perjalanan tu sembang tak berhenti pun. Ade je topik mengarut..hhahaha.. Kitorang sampai Ipoh 9++AM. Time tu mall tak bukak lagi. Aku pun tunjuk jalan ke Padang Polo. Tempat yang dulunya jadi tempat lepak favourite aku. hehee..




Okay da mula da sesi acah-acah model..heheheehe..


Aku jugak paksa Fieza posing maut hahaa. Aku kenal sangat perangai Fieza yang tak suka bergambar. Dia cakap dia da lame tak selfie tapi bila dengan aku, banyak je selfie.hahaa.. bukan takat selfie,,




hehehee.. pandai tak aku jadi photographer... Kitorang tergelak-gelak je dekat sana. dengan Fieza malu lagi nak bergambar bila ade orang lalu-lalang area tu. Aku pulak cakap 'abaikan je diorang sebab diorang tak kenal kita' ahahaa. Kalau kenal pun, ape salahnya.


Lepas tu, kitorang ke Aeon Kinta City sebab tujuan utama kitorang nak karaoke. Fieza da selalu karaoke dekat sana sebab dia cakap murah dan berbaloi. Sesampai di sana, kitorang terus ke karaoke K-BOX dan ambil package Early Bird. RM26/seorang + 2 air percuma dari 10:30am sampai 3pm. rasa? lama gilaaaa..hahahaha.. 

Lama tak melalak dan lagi best dapat melalak dengan Fieza..ahahaha.. Tak boleh lupa saat tu sebab dua-dua jadi sewel..aiyoyoyo.. belum pun pukul 3pm, masing-masing da penat. Mana taknya, lama gila nyanyi tak henti. 2:30pm kitorang keluar. maka bazirlahh setengah jam..hahaha..

Lepas siap lepak makan semua, kitorang terus balik Tanjung Malim sebab ade yang da warning tak kasi balik lewat..heheeheh...

Hari Ahad pulak, kitorang jejalan area Tanjung Malim sementara tunggu kakak Fieza, Kak Ida (yang jugak kawan baik Alang, kakak aku), balik dari kerja and ambil kitorang jejalan.

Tengahari tu, Kak Ida dan suami datang jemput kitorang dan terus ke Rawang. Bestnyaaaa jejalan di sana. Lepas tu singgah ke Aeon Rawang..






Makan, borak, shopping ~!@#$%^&*()_+, kitorang gerak balik malam tu. Penat sangat dua tiga hari tu jalan-jalan je dan membuatkan plan nak pergi Tasik Proton City pagi Isnin tu cancel sebab katil tak bagi bangun..hahaha..

Then aku ingatkan memang takkan jadi la ke sana sebab ingatkan gerak balik Selangor awal..tup-tup sampai ke petang still tak balik lagi... Fieza pun terus bawak pergi Tasik Proton City..





Time ni da start sedih sebab aku da nak balik.. Sayang gile nak tinggalkan Fieza.. sobs *lap air mata*





Best sangat tasik ni. luas, cantik. Ramai orang datang beriadah.


**main kejar-kejar dengan Fieza..hahaha.. Takde kerja.. tak pernah nak matang. hahaah...

I miss you so much Fieza. Kawan baik yang tak pernah cemburu dengan aku, yang tak pernah cari gaduh dengan aku dan yang tak pernah tikam belakang aku. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah hadiahkan kawan baik macam Fieza. Membesar bersama. Harap ade mase nanti kita jumpa lagi okay. I love you.

No comments:

Post a Comment